DINAMIK KELOMPOK | Dinamik kelompok, merangkumi kuasa yang mempengaruhi mana-mana kelompok manusia dan menentukan apa yang dibuatnya. Kelompok ini boleh jadi kelab, organisasi perniagaan, tentera, atau malah seluruh negara. | UMUM | |
KELOMPOK DAN VARIASI BAHASA MELAYU | KELOMPOK DAN VARIASI BAHASA MELAYU, dua kelompok yang besar, iaitu kelompok bahasa Melayu di daerah induk atau ranah bahasa Melayu dan kelompok bahasa Melayu yang di luar dari daerah induk. Bahasa Melayu dalam daerah induk bahasa Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu bahasa Melayu Semenanjung, bahasa Melayu Sumatera, dan bahasa Melayu Kalimantan. | BAHASA | Bahasa |
MELAYU | MELAYU, nama khas bagi satu kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu ataupun nama am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia). Sebagai nama khas, kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wilayah Semenanjung Tahan Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka di seluruh dunia. Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu. Sebagai kelompok am, bangsa Melayu terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang juga menjadi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa-bahasa rumpun Melayu. Mereka terdiri daripada semua suku bangsa di seluruh Alam Melayu-dari Filipina hingga ke Irian, Sumatera dan Kemboja. Dalam pengertian yang lebih luas, Melayu merangkumi semua penutur bahasa Melayu dalam kelompok Bahasa Melayu-Polinesia | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
TERUMBU SAWAR BESAR | Terumbu Sawar Besar ialah kelompok terumbu karang yang terbesar di dunia. Terumbu ini menganjur di sepanjang pantai timur laut Australia (lihat Australia [peta rupa bumi]). Terumbu Sawar Besar bukan sawar berterusan tetapi terdiri daripada beribu-ribu terumbu berasingan yang bertaburan. Terumbu tersebut telah tersenarai dalam Senarai Khazanah Dunia yang disusun oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization – (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kerana saiznya yang unik dan tumbuh-tumbuhan dan ikannya yang pelbagai. Hampir kesemua terumbu di perairan Australia kini terletak dalam Taman Marin Terumbu Sawar Besar, iaitu taman marin terbesar di dunia. Kawasannya seluas lebih kurang 350 000 kilometer persegi. | UMUM | |
PULAU MANUS | Pulau Manus merupakan pulau terbesar dalam kelompok Admiralti Papua New Guinea. Keluasannya ialah 1890 kilometer persegi. Pulau ini bergunung-ganang dan berhutan tebal. Hanya sebahagian kecil kawasan di sepanjang pantai dan di bahagian hujung timur yang boleh digunakan untuk pertanian. Terdapat lebih kurang 20 000 penduduk tinggal di Pulau Manus dan pulau-pulau di sekelilingnya. Kebanyakan penduduk pulau ini ialah orang Melanesia yang merupakan nelayan yang mahir dan berdagang dengan penduduk yang tinggal di pulau-pulau berdekatan. Hasil tanaman penduduk pulau ini ialah taro, keladi, nanas, pisang, dan sagu. | UMUM | |
CHEWONG | CHEWONG, kelompok kecil Orang Asli yang tergolong dalam subkelompok Senoi. Dalam banci penduduk pada tahun 1983, kelompok Chewong berjumlah 203 orang. Kelompok itu diberi nama yang berbagai-bagai, antaranya termasuklah Maroi, Jo-Ben, Cho-Ben, Jelbeng, Kleb dan Siwang. Pada masa ini, mereka menyebut diri mereka sebagai Chewong. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
SIANTAN | SIANTAN, salah satu pulau dalam kelompok Pulau Anambas, Indonesia, dan sebahagian daripada kepulauan di Laut China Selatan yang dikenal sebagai Pulau Tujuh. Kepulauan Pulau Tujuh yang terletak di antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Kalimantan, termasuk lebih daripada 300 buah pulau. Orang setempat membahagikan kepulauan itu ke dalam tujuh kelompok, iaitu Jemajar (Anambas Barat), Siantan (Anambas Besar), Pulau Laut (Natuna Utara), Bunguran (Natuna Besar), Subi (Natuna Selatan), Serasan (Pulau Perompak) dan Tambelan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BATEK | BATEK, satu kelompok suku bangsa Negrito yang terdapat di sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling dan Sungai Kechau di Pahang; dan di Sungai Galas, Sungai Chiku, Sungai Taku, Sungai Lah, dan Sungai Lebir di Kelantan serta Sungai Besut di Terengganu. | BUDAYA | Konsep |
ASFODEL | Asfodel ialah tumbuhan semula jadi yang lasak dan berasal dari kawasan Mediterranean. Bunganya berwarna kuning pucat dan berbentuk seperti trompet itu tumbuh dalam kelompok terburai. Akar asfodel tebal dan berisi. Daunnya yang panjang lagi nipis itu tumbuh bergugusgugus, hampir seperti daun dafodil (lihat Dafodil ). Pengelasan saintifik: Asfodel adalah dalam famili lili, Liliaceae. Ia adalah Asphodeline lutea . | UMUM | |
BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG | BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG, bahasa yang dituturkan oleh Orang Asli di Semenanjung. Bahasa ini terbahagi kepada dua kelompok besar. Dalam kelompok pertama digolongkan bahasa-bahasa Orang Temuan, Orang Hulu (Jakun, Orang Kanak dan Orang Seletar, yang semuanya berbahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa suku-suku itu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia, seperti semua dialek Melayu. Tetapi selain Orang Asli yang diklasifikasikan dalam Rumpun Austronesia tersebut, terdapat puluhan ribu Orang Asli yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. | BAHASA | Bahasa |