Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kélong) sj belat ikan yg terbahagi kpd beberapa sekatan atau kurung: ikan-ikan yg melalui ~ itu terperangkap di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (kélong) ark sj pantun Bugis; berkelong berpantun cara Bugis, menyanyi­kan kelong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (kélong) 1. Kl, Tr tipu, kecoh; 2. Tr berkepul-kepul (bkn asap): kamu membakar apa, sampai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kélong)/ belat besar yg di dlmnya terdapat beberapa sekatan atau kurung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelong

Puisi
 

Cacak kelong Bagan Tujuh,
     Jerjaknya sampai ke tepi;
Kalau tuan berani sungguh,
     Saya ikut sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELONG

Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia

terdiri daripada barisan pancang yang dibina

menghadap arus laut dalam bentuk menirus

seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi

di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap

ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu

jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang

atau ombak besar yang memungkinkan pancang

patah atau tercabut.

UMUM 
PERIKANAN LAUT

PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam.  Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat.   Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai.  Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin.  Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual.

BUDAYAKonsep
TANJUNG PAGAR

TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu.  Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak.  Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak.  Benteng pisang yang merupakan `pagar’ ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar’.  Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang.  Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas