ANUGERAH KESATERIA | Anugerah Kesateria. Kesateria Zaman Pertengahan bersatu dalam kumpulan-kumpulan yang disebut sebagai order . Mereka melafazkan ikrar taat setia kepada raja atau tuan mereka, dan membentuk pertubuhan ketenteraan untuk mempertahankan tanahnya daripada musuh. Ketika Perang Salib, pelbagai golongan kesateria bertempur dengan tentera Islam di Tanah Suci. Kesateria yang menyertai golongan ini bersumpah untuk hidup sebagai rahib dan juga saudara yang setia semasa peperangan. Golongan agama yang paling terkenal ialah Knights of Saint John, Knights Templars, dan Teutonic Knights. | UMUM | |
MAFIA | Mafia ialah jenayah kongsi gelap di Sicily. Kumpulan-kumpulan penjenayah pada mulanya berasal daripada Mafia Sicily yang beroperasi di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Mafia juga digunakan sebagai istilah umum bagi pertubuhan dunia penjenayahan. | UMUM | |
TISU | Tisu ialah sekumpulan sel yang sama-sama bekerja untuk melakukan fungsi tertentu dalam organisma. Kumpulan-kumpulan tisu, kemudiannya, membentuk organ haiwan dan tumbuhan. Tisu haiwan biasanya dibahagikan kepada empat kumpulan: (1) tisu penghubung (2) epitelium (3) otot dan (4) tisu saraf. | UMUM | |
KUMPULAN MINORITI | Kumpulan minoriti ialah sekumpulan orang yang berbeza dalam beberapa keadaan daripada kumpulan utama dalam masyarakat. Anggota kumpulan minoriti mungkin berbeza daripada kumpulan utama yang juga dikenali sebagai kumpulan dominan dari segi percakapan, penampilan, dan amalan budaya. Kumpulan dominan mempunyai kuasa politik dan ekonomi yang lebih besar daripada kumpulan minoriti. Dalam banyak kejadian, kumpulan dominan mendiskriminasi kumpulan minoriti – melayan mereka secara tidak adil. Kebanyakan anggota kumpulan minoriti memiliki peluang politik, ekonomi, dan sosial yang sedikit berbanding anggota kumpulan dominan. | UMUM | |
AGAMA KRISTIAN | Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada tiga kumpulan utama – Roman Katolik, Protestan dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa manusia boleh diselamatkan melalui Jesus. | UMUM | |
KUMPULAN ETNIK | Kumpulan etnik ialah kumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri yang sama, yang membezakan mereka dengan orang lain dalam sesebuah masyarakat. Anggota kumpulan mungkin mempunyai pertalian nenek moyang, budaya, bahasa, kewarganegaraan atau agama, atau kombinasi antara aspek-aspek tersebut. | UMUM | |
KUMPULAN | Akan dikemaskini | MATEMATIK | Konsep |
QADIYANI | Qadiyani ialah suatu kumpulan yang mendakwa mereka beragama Islam. Kumpulan al-Qadiyani ini adalah kumpulan yang diasaskan oleh seorang yang bernama Ghulam Ahmad yang lahir di salah sebuah kampung di al-Binjab pada tahun 1256 H. bersamaan 1839 M. | UMUM | |
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah badan berkanun dan tabung amanah yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951. KWSP ditubuhkan pada 1 Oktober 1951 dengan tujuan untuk menyediakan badan yang menjaga kebajikan sosial ahlinya melalui Skim Simpanan Wajib. | UMUM | |
SAYAP KANAN | Sayap kanan merujuk kepada kumpulan yang tradisional, atau parti politik konservatif. Dalam sesetengah dewan perundangan, pihak konservatif ditempatkan di sebelah kanan speaker. Kumpulan radikal dan bebas membentuk kumpulan sayap kiri, manakala kumpulan neutral ditempatkan di bahagian tengah . Kelaziman ini bermula sejak Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada tahun 1789. Dalam perhimpunan itu, golongan bangsawan mengambil tempat yang diberi penghormatan, iaitu di sebelah kanan raja. Lihat juga Konservatisme. | UMUM | |