ZAKAR | Zakar ialah organ pembiakan luaran pada lelaki. Pada lelaki dan kebanyakan mamalia jantan, air kencing dan bendalir pembawa sperma yang dikenali sebagai semen , keluar melalui zakar. | UMUM | |
TENOR | Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan nada suara countertenor (kontralto) sahaja yang dapat menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada paling dekat dengan bahagian tengah not nada piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas. | UMUM | |
TESTIKEL | Testikel ialah sistem pembiakan lelaki berupa kelenjar kecil berbentuk bujur. Testikal ini dikenali juga sebagai testes (tunggal, testis ) tergantung di belakang penis lelaki dalam karung yang dikenali sebagai skrotum . Testis mempunyai dua fungsi utama (1) menghasilkan sperma (2) merembeskan hormon seks lelaki, terutama testosteron . | UMUM | |
PERKAHWINAN | Perkahwinan ialah perhubungan antara lelaki dan perempuan yang telah membuat perjanjian yang sah untuk hidup bersama-sama. Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berkahwin, mereka menjadi suami isteri. Perkahwinan juga merupakan satu majlis keagamaan yang penting dalam kebanyakan agama di dunia. | UMUM | |
SEKS | Seks ialah apa yang membezakan lelaki daripada wanita. Seks juga menjadikan mereka tertarik dengan satu sama lain dan melibatkan perasaan dan keinginan yang mendalam. Melalui seks, lelaki dan wanita berminat dengan satu sama lain, jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak. Haiwan dan tumbuhan peringkat tinggi menghasilkan jenisnya sendiri, dari generasi ke generasi, melalui pembiakan seks. Walau bagaimanapun, bagi manusia, seks melibatkan lebih lagi daripada pembiakan. Ia mempunyai kesan biologi, psikologi dan sosiologi yang semula jadi dan penting terhadap kehidupan mereka. | UMUM | |
TESTOSTERON | Testosteron ialah satu kumpulan hormon yang merangsangkan perkembangan jantina lelaki. Hormon ini dikenali sebagai androgen, dikeluarkan terutama sekali oleh testikel, sepasang kelenjar seks lelaki (lihat Testikel ). Ovari wanita dan kelenjar adrenal dalam kedua-dua jantina juga mengeluarkan sedikit hormon testosteron dan androgen. | UMUM | |
SANTA KLAUS | Santa Klaus, juga dikenali sebagai Bapa Krismas, ialah lelaki tua dalam legenda yang membawa hadiah kepada kanak-kanak pada Hari Krismas. Dia sudah lama digambarkan sebagai seorang lelaki yang tegap, berjanggut yang memakai pakaian bulu berwarna merah. | UMUM | |
KELENJAR PROSTAT | Kelenjar prostat ialah organ sistem reproduksi lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir kental yang keputih-putihan dalam tubuh. Semua mamalia jantan mempunyai bentuk kelenjar prostat yang serupa. Pada orang lelaki, kelenjar itu terletak betul-betul di bawah pundi air kencing dan bersetentangan dengan bahagian rektum. Beratnya lebih kurang 20 gram dan besarnya lebih kurang sebesar buah berangan. Prostat terdiri daripada tisu yang berotot dan berkelenjar, serta mempunyai permukaan yang bergentian lagi liat. | UMUM | |
ALGER, HORATIO | Alger, Horatio (1832–1899) ialah pengarang Amerika yang menulis novel untuk kanak-kanak lelaki. Dia menjadi terkenal kerana ceritanya tentang kanak-kanak lelaki yang menjadi kaya dan termasyhur melalui kerja kuat, hidup mulia, dan kerana nasib. | UMUM | |
SUKAN | Sukan ialah aktiviti olahraga yang teratur yang dimainkan secara individu atau berpasukan. Kebanyakan sukan boleh dimainkan oleh lelaki dan wanita, dan juga kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ramai orang menyertai sukan sebagai amatur untuk keseronokan peribadi, gemar kepada pertandingan, ataupun sebagai suatu bentuk riadah atau senaman yang menyihatkan badan. | UMUM | |