Meninges lihat Otak.
Meningitis ialah penyakit yang menjejaskan
membran yang menyelaputi otak dan korda spina.
Membran ini dinamakan meninges. Penyakit ini
juga menjejaskan bendalir serebrospinal, yang
menyelubungi otak dan korda spina. Meningitis
berlaku akibat jangkitan bakteria, virus, kulat dan
mikrob-mikrob lain. Rencana ini membincangkan
meningitis bakteria, dan meningitis virus, iaitu dua
bentuk meningitis yang paling biasa.
Thanks for clicking. That felt good.