POLIS RAHSIA | Polis rahsia digunakan oleh kerajaan-kerajaan tertentu dan diktator bagi mengawal, menakutkan, dan mengintip orang awam. Walau bagaimanapun, kewujudannya dirahsiakan sebagaimana aktivitinya. | UMUM | |
EICHMANN, ADOLF | Eichmann, Adolf (1906–1962), leftenan kolonel dalam polis rahsia Nazi Jerman, telah disabitkan dan dihukum kerana peranannya dalam membunuh kira-kira enam juta orang Yahudi semasa Perang Dunia II. | UMUM | |
KGB | KGB ialah sebuah agensi kerajaan Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991. Agensi ini mengendalikan sebuah pasukan polis rahsia untuk mengekalkan kuasa Parti Komunis ke atas negara tersebut. | UMUM | |
KEM TAHANAN | Kem tahanan ialah tempat musuh politik, sama ada musuh benar atau yang dituduh, dipenjara, biasanya tanpa dibicarakan. Istilah ini mula-mula digunakan oleh Great Britain sebagai penjara tahanan Perang Boer, di Afrika kira-kira pada tahun 1900. Polis rahsia Soviet pula telah memenjarakan berjuta-juta orang di kem buruh selepas tahun 1928, iaitu semasa pemerintahan kuku besi Joseph Stalin. Semasa Perang Dunia II (1939–1945), kerajaan Amerika Syarikat dan Kanada menahan beribu-ribu orang keturunan Jepun di kem (lihat Perang Dunia II). Kem tahanan yang terkenal ialah kem yang dibina oleh Nazi di Jerman. | UMUM | |
NEGARA POLIS | Negara polis, berlaku apabila kerajaan sesebuah negara atau unit politik membenarkan agensi penguatkuasaan undang-undang negara itu mengekalkan keamanan melalui ketakutan rakyat. Dalam keadaan ini, pihak polis tidak lagi tertakluk kepada undang-undang atau kekangan lain yang biasanya mengehadkan tindakan mereka dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Pihak polis boleh merisik sesiapa sahaja tanpa menghiraukan privasi individu. Mereka juga boleh menangkap, memenjarakan, membunuh, atau membuang negeri sesiapa sahaja tanpa sebarang sebab. Pada zaman dahulu, negara kota Yunani, Sparta, merupakan sebuah negara polis yang paling lengkap. Pada tahun 1990-an, taktik negara polis ini sering digunakan oleh golongan fasis dan negaranegara komunis. Lihat juga Polis rahsia. | UMUM | |
ANDROPOV, YURI VLADIMIROVICH | Andropov, Yuri Vladimirovich (1914–1984), berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet dari bulan November 1982 hingga kematiannya pada bulan Februari 1984. Pada masa itu, jawatan Setiausaha Agung sangat berkuasa di Kesatuan Soviet. Andropov juga berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium of the Supreme Soviet – Ketua Negara Kesatuan Soviet pada masa yang sama – dari bulan Jun 1983 hingga kematiannya. Andropov telah menjadi polis rahsia negara, KGB, dari tahun 1967 hingga bulan Mei 1982. Dia kemudian menjadi Ahli Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis. | UMUM | |