Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata -lagi

Puisi
 

Jalan lurus bersambung tidak,
     Sambungnya terus ke Delima Batu;
Abang jauh bertemu tidak,
     Adik jauh yang mana satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.

Bermaksud :

Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

646

Words have wings, and cannot be recalled

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words have wings, and cannot be recalled . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(540)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TETAMBAKTimbunan bahan mendak di atas tebing sungai, berlaku apabila aliran sungai melimpasi tebing.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
BANDAR

Bandar, pusat kependudukan, perniagaan, dan pentadbiran, yang lebih besar daripada kampung tetapi lebih kecil daripada bandar raya.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
BIOSFERA

Biosfera ialah semua hidupan yang tinggal di bumi. Ia turut berfungsi secara bersepadu dengan sistem bumi utama yang lain.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
BENUA

Benua, tanah daratan yang luas yang muncul keluar dari dasar lautan.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
CERUN

Cerun, permukaan bumi yang condong yang dapat dinyatakan mengikut  sudut kecondongan dalam darjah atau peratusan. Terdapat beberapa jenis cerun, seperti cerun bukit, cerun gunung, dan cerun lurah sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
KONTUR

Kontur, satu kaedah bagi menggambarkan relif dan ketinggian di dalam peta. Dalam kaedah ini garisan kontur dilukis untuk menyambungkan titik-titik yang sama tingginya dari satu aras datum.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
BEARING

Bearing, satu kaedah bagi menentukan arah satu titik dari titik yang lain dengan menggunakan kompas.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
BIOGEOGRAFI

Biogeografi, kajian tentang taburan tumbuhan dan haiwan di dunia. Biogeografi turut menjelaskan faktor berlakunya taburan tersebut serta kesannya terhadap persekitaran dan manusia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
PENGAIRANKaedah moden dalam sistem pertanian.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
OMAN

Oman, negara yang terletak di tenggara Semenanjung Arab.  Oman adalah antara kesultanan tertua di dunia Arab.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12345678910...

Kembali ke atas