Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERATUS

Peratus ialah pecahan dengan penyebut 100. Peratus berasal daripada perkataan Latin iaitu “Per Centum” yang bermaksud 100. Peratus boleh ditulis dalam bentuk pecahan atau nombor dengan simbol peratus, %.

MATEMATIKKonsep
PTOLEMY

Ptolemy (100 M.–165 M.) ialah salah seorang ahli

kaji bintang dan kaji bumi yang teragung pada

zaman purba. Dia juga dikenali sebagai Claudius

Ptolemaeus. Tidak banyak yang diketahui tentang

kehidupan Ptolemy. Walau bagaimanapun, sarjana

mendapati bahawa dia telah membuat kajian

bintangnya di Iskandariah, Mesir, kira-kira pada

tahun 150. Hasil penemuan dan teori-teori Ptolemy

telah ditulis dalam 13 bahagian karya berjudul

Mathematike Syntaxis , atau Mathematical

Composition . Hasil tulisannya sangat disanjung

sehingga dia dikenali sebagai Almagest , iaitu

istilah gabungan Arab-Yunani, yang bermaksud

yang agung .

UMUM 
PESCADORES

Pescadores (pend. 100 288) ialah gugusan 63

buah pulau yang meliputi keluasan 127 kilometer

persegi di Selat Taiwan, iaitu antara Taiwan

dengan China.

UMUM 
SWANSEA

Swansea (pend. 182 100) ialah pusat industri dan

pelabuhan yang penting di Wales Selatan. Nama

bandar ini dalam bahasa Wales, ialah Abertawe,

kerana ia terletak di muara (aber dalam bahasa

Wales) Sungai Tawe di Teluk Swansea. Bandar

Swansea merupakan pusat pentadbiran bagi

daerah kerajaan tempatan Swansea.

UMUM 
YORK

York (pend. 100 600) ialah bandar katedral

Inggeris purba dan juga bandar universiti. York

terletak di persimpangan Sungai Ouse dan

Sungai Foss di Yorkshire Utara

UMUM 
TAIPEI

Taipei (pend. 2 637 100) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Taiwan. Ia terletak di Sungai

Hsintien, Keelung dan Tanshui, di bahagian paling

utara pulau Taiwan. Untuk lokasi, lihat Taiwan (peta).

Nama Taipei bermaksud utara Taiwan .

UMUM 
PORT MORESBY

Port Moresby (pend. 152 100) ialah pusat

pentadbiran Papua New Guinea. Ia juga adalah

bandar dan pelabuhan yang terbesar di Papua New

Guinea. Port Moresby terletak di tenggara pantai

Papua. Ia juga dikelilingi oleh batu karang yang

cantik. Untuk lokasi, lihat Papua New Guinea (peta

politik).

UMUM 
SHETLAND

Shetland ialah sekumpulan lebih daripada 100

buah pulau yang terletak hampir 160 kilometer

di timur laut tanah besar Scotland. Shetland

ditadbir oleh sebuah majlis berkuasa pulau,

yang ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai

sebahagian daripada penyusunan semula kerajaan

tempatan Scotland. Lebih daripada setengah

penduduknya tinggal di Mainland, iaitu pulau yang

terbesar. Hanya 10 buah pulau lain yang

berpenghuni. Lerwick, di pantai timur Mainland,

ialah pusat pentadbiran yang mempunyai satu

per tiga daripada jumlah keseluruhan penduduk.

UMUM 
PULAU PINANG

Pulau Pinang (pend. 1 750 100), negeri yang

terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.

Negeri ini terdiri daripada pulau yang dikenali

sebagai Pulau Pinang yang meliputi kawasan seluas

lebih kurang 285 kilometer persegi, dan sebidang

tanah yang memanjang (terletak di tanah besar

Semenanjung Malaysia) dikenali sebagai Seberang

Perai, seluas 760 kilometer persegi. Kedua-dua

kawasan ini terpisah oleh selat berukuran tiga

kilometer hingga lapan kilometer lebar.

UMUM 
ARTRITIS

Artritis ialah mana-mana satu daripada lebih 100

penyakit sendi. Mangsa artritis menderita sakit,

kekejangan, dan bengkak pada sendi-sendinya.

Ramai orang menjadi pincang akibat artritis.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas