Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
N

N ialah huruf ke-14 dalam abjad Inggeris. Ia juga

huruf ke-14 dalam abjad yang digunakan oleh orang

Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.

Simbol ini berasal daripada hiroglif Mesir (atau

tulisan bergambar) untuk ular. Kemudian tradisi

Semit Barat menamakan huruf ini sebagai nun,

perkataan yang digunakan untuk ikan. Orang Yunani

mengambil alih huruf ini daripada Phoenicia dan

menamakannya sebagai nu. Lihat Abjad.

UMUM 
RABAUL

Rabaul (pend. 14 937) yang terletak di New

Britain merupakan pelabuhan yang paling sibuk

di Papua New Guinea. Rabaul mengendalikan

lebih banyak kopra dan koko daripada pelabuhan

lain di negara itu.

UMUM 
PERTEMPURAN HASTINGS

Pertempuran Hastings (14 Oktober 1066),

diakhiri dengan penawanan England oleh William,

Duke Normandy. Para sejarawan menganggap

pertempuran ini sebagai pertempuran terbesar

yang telah mengubah sejarah.

UMUM 
SONETA

Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak

metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa

Itali membawa makna lagu kecil. Dalam soneta

Itali, oktaf (lapan baris pertama) menyatakan tema

atau pengalaman, sementara sestet (enam baris

terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada

tema. Skema rima oktaf ialah abbaabba (baris satu,

empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga,

enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya

cdecde.

UMUM 
AUGUSTUS

Augustus (63 S.M.–14 S.M.), bermakna yang

dimuliakan , adalah nama yang diberi kepada Gaius

Julius Caesar Octavianus (Octavian) apabila

baginda menjadi maharaja pertama Rom pada

tahun 27 S.M. Tempoh republik Rom berakhir dan

era Empayar Rom bermula di bawah Augustus.

UMUM 
KOVENSYEN BAHASA KEBANGSAANkovensyen sehari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Canselor, Universiti Malaya.BAHASAKegiatan
SA‘D IBN ‘UBADAH

Sa‘d ibn ‘Ubadah ( ? –14 H. / ?–635 M.) ialah salah

seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Sa’idah,

berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara

Yathrib–Taibah. Dia salah seorang pemimpin pada

zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai

al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang

penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk

Islam di tangan seorang sahabat Mus‘ab ibn ‘Umayr

r.a., di rumah As‘ad ibn Zurarah dan telah menyertai

perjanjian ‘Aqabah Kedua. Sa‘ad ibn ‘Ubadah telah

memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah

s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih

salah seorang daripada 12 orang ketua.

UMUM 
MUTHANNA IBN HARITHAH, AL-

Muthanna ibn Harithah, al- ( ?–14 H./ ?–635

M.), pemimpin terkenal dalam pembukaan negeri-negeri

baru Islam. Nama penuhnya ialah al-

Muthanna ibn Harithah ibn Salmah al-Ansariy. Dia

memeluk Islam pada tahun kesembilan Hijrah

bersama-sama sebahagian daripada kaumnya. Al-

Muthanna ibn Harithah ialah orang berkulit hitam

yang pertama di kalangan orang Iraq sehinggakan

Sayidina Abu Bakar mudah mengenalinya. Dia telah

dilantik oleh Sayidina Abu Bakar sebagai

pemimpin bagi kaumnya. Khalid ibn al-Walid

menghantar bantuan kepadanya sebagai

permulaan pembukaan Iraq dan Parsi. Sayidina

‘Umar turut membantunya dengan menghantar

tentera yang dipimpin oleh Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud

al-Thaqafiy. Apabila Abu ‘Ubayd terbunuh, Sayidina

‘Umar menggantikannya dengan Sa‘d ibn Abu

Waqqas. Namun begitu, al-Muthanna ibn al-

Harithah meninggal dunia sebelum ketibaan Sa‘d

ibn Abu Waqqas. Lihat Syam.

UMUM 
PALMETTO

Palmetto ialah nama yang diberi kepada 14

spesies pokok palma berdaun kipas.

UMUM 
PERANG AL-QADISIYYAH

Perang al-Qadisiyyah berlaku pada bulan

Muharam tahun 14 Hijrah bersamaan 635 Masihi.

Peperangan ini berlaku antara orang Islam dengan

Parsi pada zaman Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab.

Setelah berlakunya peperangan al-Buwaib, Parsi

telah mengetahui beberapa ancaman yang akan

menggugat negara mereka. Oleh yang demikian,

Parsi telah memulakan persiapan untuk serangan

yang baru dan berasingan. Mereka telah

mengerahkan penduduk tempatan di bawah

naungan orang Islam.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas