| SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN | Kapsyen : Sultan Hishamuddin Alam Syah Ibni Sultan Alaiddin SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN (1898-1969), Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua (1960). Baginda diputerakan pada 13 Mei 1898 di Selangor. Baginda ialah putera ketiga Sultan Alaiddin Sulaiman Syah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar di Kuala Langat, Selangor dan kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Baginda menamatkan pelajaran menengah ketika berusia 18 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SURUHANJAYA REID | Kapsyen : Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955 SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| SURUHANJAYA COBBOLD | Kapsyen : Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah) SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962. Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu. Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962. Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| SAPPORO | Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]). Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo meliputi Hokkaido University dan taman bunganya yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo. | UMUM | |
| PEMINJAMAN BAHASA THAI | PEMINJAMAN BAHASA THAI, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Walaupun sebahagian negeri di pesisir timur Tanah Melayu seperti Kelantan dan Terengganu berada di bawah naungan Siam (Thailand) pada awal abad ke-18, tetapi pengaruh bahasa Thai terlalu sedikit. | BAHASA | Konsep |
| PENGAMBILAN SABAH | PENGAMBILAN SABAH, penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara (Sabah). Borneo Utara adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei yang diserahkan kepada British pada akhir abad ke-19. Sebelum itu, sebahagian daripada wilayah ini telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu setelah Sulu membantu Brunei mengamankan perang saudara yang berlaku di Brunei pada pertengahan abad ke-18. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
| PENGAJIAN MELAYU DI UNITED KINGDOM | PENGAJIAN Melayu DI UNITED KINGDOM, pusat pengajian bahasa Melayu. Kerajaan Inggeris, para pedagang Inggeris dan rajanya selama beberapa abad sudah mempunyai hubungan yang erat dengan dunia Melayu dan raja-rajanya. Salah satu tanda nyata yang terkemuka daripada sifat hubungan itu ialah warkah daripada Sultan Aceh, Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I yang ditulis pada tahun 1615. Warkah-warkah dari Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan di England menunjukkan bahawa hubungan antara orang Melayu dengan orang Inggeris pada abad ke-18 lebih erat lagi. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
| SATELIT | Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang mengelilingi bumi dalam perjalanannya mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang- bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit. Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit; Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan 2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan Zuhal dengan 18. Lihat rencana planet yang berasingan, seperti Musytari . | UMUM | |
| CHEK DA DATO' SERI NARA WANGSA | CHEK DA DATO’ SERI NARA WANGSA (1882-1934), pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Dia lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu. Nama penuhnya ialah Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato’ Seri Nara Wangsa gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Chek Mohd. Ali, pentadbir yang akhir sekali memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa, kerana selepas peranan Dato’ Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, dia tidak lagi memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato’ Seri Andika Raja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| ROKIAH WANDA | ROKIAH WANDA, (1926-1994), pelakon dan penyanyi. Dia lahir di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. ‘Wanda’ adalah nama timangan bagi suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi, yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil. Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang, Melaka dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka, dan Seri Rani Opera, di Singapura. | BUDAYA | Tokoh |