| MENDU | Mendu, teater tradisional Melayu lama yang berasal dari Kalimantan Barat. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
| BASOEKI ABDULLAH | BASOEKI ABDULLAH (1915-1993), pelukis Indonesia. Dia lahir pada 27 Januari 1915 di Solo, Jawa, Indonesia. | BUDAYA | Konsep |
| MOTHERWELL, ROBERT | Motherwell, Robert (1915–1991), pelukis ekspresionis abstrak Amerika yang penting. Motherwell terkenal kerana beberapa siri lukisannya. Tetapi kebanyakan lukisannya membawa tema yang pelbagai, daripada bentuk-bentuk besar yang kejam dan mengancam sehinggalah kepada lembut dan mesra. | UMUM | |
| MILLER, ARTHUR | Miller, Arthur (1915– 2005) ialah penulis drama Amerika yang terkemuka. Hasil karyanya mencatatkan konflik antara individu dan masyarakat yang menentukan kod moral individu. Miller menunjukkan prinsip moral masyarakat sebagai sahih dalam All My Sons (1947) dan A View from the Bridge (1955). Tetapi, dalam Death of a Salesman (1949), The Crucible (1953), Incident at Vichy (1964), dan The Price (1968), dia menyerlahkan prinsip moralnya sebagai palsu. | UMUM | |
| PIAF, EDITH | Piaf, Edith (1915–1963), penyanyi dan penari kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta kecewa seperti ‘La Vie En Rose’ dan ‘Non, Je Ne Regrette Rien’. Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf (yang bermaksud ’burung ciak’), yang diberikan oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent dan beberapa filem lain, termasuklah French- Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir. | UMUM | |
| SINATRA, FRANK | Sinatra, Frank (1915–1998) adalah antara penyanyi paling terkenal dalam sejarah muzik popular. Dia digelar “ The Voice”, dan terkenal dengan nyanyian balada dan penghayatan lagu-lagu ritma. Bermula pada tahun 1941, dia muncul dalam lebih 50 buah filem. Dia memenangi Academy Award sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya dalam filem From Here to Eternity. | UMUM | |
| SHAMIR, YITZHAK | Shamir, Yitzhak (1915 – ), berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel dari bulan Oktober 1983 hingga September 1984 dan dari bulan Oktober 1986 hingga Julai 1992. | UMUM | |
| DAYAN, MOSHE | Dayan, Moshe (1915–1981) ialah tentera dan ahli politik Israel berbangsa Yahudi. Dia memimpin tentera Israel dalam peperangan pada tahun 1956. Peperangan tersebut melibatkan serangan tiga penjuru terhadap Mesir dengan kerjasama dari England dan Perancis. Dia juga memainkan peranan penting dalam peperangan “Enam Hari” menentang Mesir, Jordan dan Syria pada bulan Jun 1967. | UMUM | |
| EHRLICH, PAUL | Ehrlich, Paul (1854–1915), ahli bakteria Jerman. Dia mengasaskan kemoterapi dan membuktikan bahawa suntikan pewarna tertentu dapat mengubati penyakit tropika tertentu. | UMUM | |
| MURRAY, SIR JAMES | Murray, Sir James (1837–1915), ahli filologi Scotland (pengkaji bahasa). Dia menjadi editor– Oxford English Dictionary selama 35 tahun. Sebagai ahli leksikografi (penulis kamus), Murray terkenal dengan penggunaan perkataan yang tepat dan pengetahuan yang luas. Walaupun kamus itu belum siap ketika dia meninggal dunia, Murray memberi sumbangan yang paling penting bagi penerbitannya. James Augustus Henry Murray lahir di Denholm, di kawasan sempadan Scotland. Dia bertugas sebagai guru di pekan berdekatan, iaitu Hawick, kemudian menjadi kerani bank dan guru di London. Dia belajar linguistik (kajian tentang bahasa) secara sendiri. Dia menjadi ahli Persatuan Teks Inggeris Awal dan Persatuan Filologi London. Dia menjadi editor Oxford English Dictionary pada tahun 1879. Dia dianugerahi pingat kesateria pada tahun 1908 yang membawa gelaran Sir. | UMUM | |