MUJIBUR RAHMAN | Mujibur Rahman (1920–1975), menjadi perdana menteri pertama Bangladesh pada bulan Januari 1972. Mujibur Rahman (dikenali sebagai Mujib) meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada bulan Januari 1975 dan mengambil alih jawatan presiden Bangladesh. Ketua-ketua angkatan tentera negara tersebut menggulingkan kerajaan Mujib dan membunuhnya pada bulan Ogos 1975. | UMUM | |
ABDUL AZIZ ABDUL MAJID, TUN | ABDUL AZIZ ABDUL MAJID, Tun (1908-1975), Yang Dipertua Negeri Melaka yang ketiga (1971-1975). Dia lahir pada 10 Mac 1908 di Kajang, Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
STUDIO WALTZ DISNEY | Tempat kegiatan filem di Barat | KESENIAN | Institusi/Organisasi |
ARGYLLSHIRE | Argyllshire sehingga tahun 1975 ialah sebuah kaunti di pantai barat Scotland. Lihat Kawasan Strathclyde dan Scotland. | UMUM | |
ABERDEENSHIRE | Aberdeenshire, sehingga tahun 1975, ialah kaunti yang besar di timur laut Scotland. | UMUM | |
SATO, EISAKU | Sato, Eisaku (1901–1975), berkhidmat sebagai perdana menteri Jepun dari tahun 1964 hingga tahun 1972. Di bawah pimpinannya, Jepun menjadi kuasa dunia selepas Perang Dunia II (1939–1945). Sebagai perdana menteri, dia menyokong perjanjian Amerika Syarikat–Jepun yang membolehkan Amerika Syarikat membantu mempertahankan Jepun. Namun dia juga mahukan Jepun lebih bertanggungjawab terhadap pertahanannya. Masalah kesihatan memaksa Sato meletakkan jawatan pada tahun 1972, dan tempatnya digantikan oleh Kakuei Tanaka. Sato dan Sean MacBride dari Ireland dianugerahi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1974. Sato memenangi anugerah itu kerana usahanya mengehadkan penyebaran senjata nuklear. | UMUM | |
MUHAMMAD, ELIJAH | Muhammad, Elijah (1897–1975) merupakan pemimpin gerakan Black Muslims di Amerika Syarikat, iaitu organisasi kulit hitam yang menggabungkan kepercayaan agama dan bantahan sosial yang kuat. Dia menggalakkan pemisahan orang kulit hitam daripada orang kulit putih dan pembentukan sebuah negeri atau wilayah kulit hitam. | UMUM | |
SHUARD, AMY | Shuard, Amy (1924–1975), salah seorang soprano drama Inggeris yang terbaik. Lakonannya yang penuh penghayatan dan gabungan suaranya yang bertenaga dan lincah menjadikannya terkenal sebagai bintang opera. Kekuatan dramatiknya dapat dilihat dalam persembahannya yang terbaik dalam Turandot oleh Puccini. Dia tampil sebagai penyanyi utama dalam opera ini di Royal Opera House, Covent Garden pada tahun 1958. Amy Shuard lahir di London dan belajar muzik di Trinity College of Music. | UMUM | |
SHOSTAKOVICH, DIMITRI | Shostakovich, Dimitri (1906–1975) ialah penggubah Rusia yang paling penting. Pendidikan muzik dan kerjayanya hanya di Kesatuan Soviet (lihat Kesatuan Republik Sosialis Soviet). Karya utamanya ialah 15 simfoni dan 15 kuartet alat tali. Dia juga menulis konserto, lagu, nota muzik filem, balet, dan opera. Gubahannya yang paling popular termasuk “Polka” yang rancak daripada balet The Golden Age (1930). | UMUM | |
DALLAPICCOLA, LUIGI | Dallapiccola, Luigi (1904–1975) ialah penggubah lagu Itali. Dia terkenal sebagai pelopor muzik dodekafoni di Itali. | UMUM | |