Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 1989


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NORIEGA, MANUEL ANTONIO

Noriega, Manuel Antonio (1934– ) ialah ketua

tentera yang berkuasa di Panama dari tahun 1983

hingga tahun 1989. Pada bulan Disember 1989,

Presiden Amerika Syarikat, George Bush telah

mengarahkan tenteranya ke Panama. Menurut Bush,

tenteranya dihantar atas tindak balas pembunuhan

leftenan tentera marin Amerika Syarikat oleh tentera

Panama , dan hukuman atas perdagangan dadah oleh

Noriega. Pada Januari 1990, Noriega menyerah diri

kepada pegawai Amerika Syarikat dan dibawa ke

Amerika Syarikat untuk perbicaraan.

UMUM 
KHOMEINI, AYATULLAH

Khomeini, Ayatullah (1900–1989) ialah

pemimpin umat Islam Iran. Dia ialah lambang

agama dan politik Iran sejak tahun 1979 hingga

kematiannya pada tahun 1989. Dia memegang

tampuk pemerintahan setelah berjaya

menggulingkan Shah Iran, Muhammad Reza

Pahlavi.

UMUM 
QUAYLE, DAN

Quayle, Dan (1947– ), Naib Presiden Amerika

Syarikat dari tahun 1989 hingga tahun 1993, semasa

pemerintahan Presiden George Bush. Sebelum

menjadi naib presiden, Quayle mewakili Indiana di

dalam Senat Amerika Syarikat dari tahun 1981

hingga tahun 1989. Sebelum itu, dia telah

berkhidmat selama dua penggal di dalam Dewan

Perwakilan Amerika Syarikat.

UMUM 
SAKHAROV, ANDREI DMITRIYEVICH

Sakharov, Andrei Dmitriyevich (1921–1989)

ialah ahli fizik Soviet yang menjadi terkemuka

kerana penyelidikannya tentang tindak balas

termonuklear terkawal. Usahanya membantu ahli

sains Soviet mencipta bom hidrogen pada awal

tahun 1950-an. Tetapi, Sakharov menjadi terkenal

kerana usahanya mempromosi hak asasi manusia

dan keamanan dunia. Dia dianugerahi Hadiah

Nobel tahun 1975 kerana usaha ini. Mulai akhir

tahun 1960-an, Sakharov dan isterinya Yelena

Bonner, berkali-kali mengkritik kerajaan Soviet

dengan menuduhnya tidak memberikan hak asasi

manusia kepada warganegara Soviet. Pada tahun

1980, Sakharov ditangkap oleh pihak berkuasa

Soviet dan dibuang negeri ke Gorki (kini Nizhniy

Novgorod), iaitu bandar yang tertutup kepada

orang asing. Pada tahun 1986, dia dibebaskan dan

dibenarkan pulang ke Moscow. Pada tahun 1989,

Sakharov dipilih menjadi ahli dewan

perundangan Soviet yang baru dibentuk yang

dinamakan Kongres Wakil Rakyat.

UMUM 
STROESSNER, ALFREDO

Stroessner, Alfredo (1912– ) ialah Presiden

Paraguay dari tahun 1954 hingga tahun 1989. Dia

memimpin tentera untuk menggulingkan kerajaan

Paraguay pada tahun 1954, dan pada tahun itu juga

dilantik menjadi presiden tanpa tentangan. Dia

dipilih semula sebagai presiden sebanyak tujuh

kali antara tahun 1958 hingga tahun 1988 dalam

pilihan raya yang dikawal oleh pemerintah. Pada

tahun 1989, pemberontakan tentera telah

menyingkir Stroessner daripada jawatan tersebut.

UMUM 
CHOGMCHOGM di Kuala Lumpur (1989) ialah
persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel ke-27
yang diadakan pada 18 hingga 24 Oktober 1898
UMUMUmum
SIMENON, GEORGES

Simenon, Georges (1903–1989) ialah

pengarang kelahiran Belgium yang mencipta

watak cereka detektif, Jules Maigret, yang

berpangkat inspektor dalam pasukan polis Paris.

Simenon menulis sebanyak 102 novel dan cerpen

yang sesuai dengan watak Maigret.

UMUM 
DAVIS, BETTE

Davis, Bette (1908–1989), pelakon filem wanita

Amerika yang terkenal dengan melakonkan

watak seorang wanita yang berazam kuat. Davis

memenangi Academy Award sebagai pelakon

wanita terbaik melalui lakonannya dalam

Dangerous (1935) dan Jezebel (1938).

UMUM 
DALI, SALVADOR

Dali, Salvador (1904–1989), pelukis surealisme.

Lukisannya yang luar biasa meletakkannya sebagai

salah seorang tokoh yang paling dikenali dalam

lukisan moden.

UMUM 
MARCOS, FERDINAND EDRALIN

Marcos, Ferdinand Edralin (1917–1989),

menjadi presiden Filipina dari tahun 1965 hingga

tahun 1986.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas