| SURAH AL-HAJJ | Surah al-Hajj ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-22 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat. Surah ini dinamakan al-Hajj sebagai mengingati seruan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina Kaabah yang menyeru manusia menunaikan haji di Baitullah al-Haram. | UMUM | |
| OSWALD, LEE HARVEY | Oswald, Lee Harvey (1939–1963), dituduh membunuh John F. Kennedy, presiden Amerika Syarikat, pada 22 November 1963, di Dallas, Texas. Dua hari kemudian, ketika berjuta-juta orang menonton peristiwa itu di televisyen, Oswald dibunuh. Dia ditembak mati oleh pemilik kelab malam Dallas, Jack Ruby, semasa sedang dipindahkan dari penjara bandar ke penjara wilayah di Dallas. Ruby merempuh pegawai-pegawai polis yang mengelilingi Oswald untuk menembaknya. | UMUM | |
| OSMIUM | Osmium ialah unsur logam keras, simbol kimianya ialah Os. Beratnya dua kali berat plumbum, dan mempunyai ketumpatan 22.48 gram per sentimeter padu pada 20 ° C. Berat atomnya ialah 190.2 dan nombor atomnya ialah 76. Smithson Tennant, ahli kimia British, menemui osmium pada tahun 1804. | UMUM | |
| SAVANNAH | Savannah ialah kapal stim pertama yang merentasi Lautan Atlantik. Savannah belayar dari Savannah, Georgia, Amerika Syarikat pada 22 Mei 1819, dan berlabuh di Liverpool, England pada 20 Jun 1819. Ia belayar dengan menggunakan kuasa stim selama antara 80 jam dan 105 jam. Layar digunakan pada waktu yang selebihnya. Lihat juga Kapal (Kapal stim di lautan). | UMUM | |
| TITANIUM | Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak. Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah 47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C. Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium. | UMUM | |
| MESINGAN | Mesingan ialah senjata api automatik yang boleh menembak antara 400 hingga 1600 pusingan peluru seminit. Saiz laras mesingan berbeza-beza, iaitu antara 22 kaliber (5.5 milimeter) hingga 30 milimeter. Peluru dimasukkan ke dalamnya melalui sabuk) kain atau logam, atau pemegang patrum yang dikenali sebagai magazin. Mesingan perlu disejukkan dengan air atau udara kerana tembakan pelurunya terlalu laju. Mesingan juga tergolong sebagai senjata berat dan biasanya mempunyai penahan. | UMUM | |
| AUK | Auk ialah nama famili burung laut termasuk dovekie, guillemot, murre dan pufin . Auk juga dikenali dengan nama alcid . Terdapat 22 spesies auk yang masih wujud. Ia tinggal di Lautan Atlantik Utara, Pasifik Utara dan Artik. Rupa dan tingkah laku auk agak sama dengan burung penguin. | UMUM | |
| EMDEN | Emden ialah nama sebuah kapal Jerman yang ditempatkan di Laut China dan Lautan Hindi sewaktu Perang Dunia I. Ia menenggelamkan atau menawan 22 buah kapal dagang, menyerang pelabuhan Pulau Pinang dan meletupkan sebuah stesen minyak di Madras. | UMUM | |
| SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN | Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia, Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea, Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau, Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan Samoa Barat. | UMUM | |
| SURAH AL-MUJADALAH | Surah al-Mujadalah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-58 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 22 ayat. Surah ini dinamakan al-Mujadalah (bersoal jawab) bersempena kisah seorang wanita yang datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan mengadu kepadanya tentang suaminya yang telah menziharkannya. | UMUM | |