CONCORD | Concord (pend. 36 006) ialah ibu negeri dan bandar terbesar New Hampshire, Amerika Syarikat. Concord terletak di tebing Sungai Merrimack di bahagian tengah selatan New Hampshire. | UMUM | Umum |
SALMAN AL-FARISIY | Salman al-Farisiy ( ? –36 H./ ? –656 M.) ialah salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke Syam, al-Mosul, Nasibyan dan ‘Umuriah untuk mencari pegangan yang boleh menenangkan jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan banyak membaca buku karangan orang-orang Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab. Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa dengan serombongan penyamun Bani Kalb. Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah dan dipaksa bekerja di ladang. | UMUM | |
SAFWAN IBN UMAYYAH | Safwan ibn Umayyah ( ?– 36 H./?– 656 M. ) ialah salah seorang daripada kalangan sahabat nabi. Nama penuhnya Safwan ibn Umayyah ibn Khalaf al-Jumhiy al-Qurashiy. Dia dari golongan ketua-ketua dan pembesar-pembesar Quraisy yang dilembutkan hati mereka oleh Allah untuk menerima Islam. Dia memberi 100 ekor unta kepada Rasulullah s.a.w dalam Perang Hunayn yang berlaku pada tahun kelapan Hijrah. Rasulullah s.a.w. meminjam senjata daripadanya pada hari Perang Hunayn yang pada ketika itu dia belum lagi memeluk Islam. Safwan ibn Umayyah terlibat dalam Perang Yarmuk di Syria pada tahun ke-13 H. Dia meninggal dunia di Makkah. | UMUM | |
PERANG JAMAL | Perang Jamal berlaku pada tahun 36 H. bersamaan dengan 656 M., disebabkan oleh fitnah yang berlaku di antara dua golongan orang Islam selepas pembunuhan Khalifah Uthman ibn ‘Affan. Golongan pertama di bawah pimpinan ‘Ali ibn Abu Talib dan golongan kedua di bawah pimpinan Umm al-Mu’minin ‘Aisyah, Talha ibn ‘Ubaydillah dan al-Zubayr ibn al-‘Awwam. Antara sebab berlakunya perang ini kerana Sayidina ‘Ali memecat semua gabenor pada zaman Sayidina Uthman r.a. sejurus selepas pelantikannya sebagai khalifah. | UMUM | |
A'RAJ, ABU DAWUD AL- | A'raj, Abu Dawud al- (36 H.–117 H./ 657 M.–735 M.), hafiz al-Qur’an, ahli ilmu Tajwid dan Qira’at. Nama penggantinya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Hurmuz al-Madani al-A‘raj Abu Dawud, hamba kepada Muhammad ibn Rabi‘ah ibn al-Harith ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim. Al-A‘raj berasal dari Madinah. Dia mempelajari ilmu Tajwid daripada Abu Hurairah, Ibn ‘Abbas dan ‘Abdullah ibn ‘Ayyash ibn Abu Rabi’ah. | UMUM | |
SURAH YASIN | Surah Yasin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 83 ayat. Surah ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah memulakan surah yang mulia ini dengan huruf tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga menjadi tanda kemukjizatan al-Qur’an al-Karim. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya yang bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati al-Qur’an itu ialah surah Yasin . Oleh itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap insan di kalangan umatku.” | UMUM | |
SUZMAN, HELEN | Suzman, Helen (1917– ) ialah ahli politik wanita yang paling terkenal di Afrika Selatan. Dia berkhidmat selama 36 tahun sebagai ahli parlimen kawasan Houghton, dan menjadi terkenal di seluruh dunia kerana pendiriannya yang kuat menentang dasar aparteid. Lihat Aparteid. | UMUM | |
SAINT JOHN'S | Saint John’s ialah ibu negara pulau Antigua dan Barbuda. Bandar ini terletak di penjuru barat laut Antigua. Penduduknya berjumlah 36 000 orang, kira-kira separuh penduduk kepulauan tersebut. Pelabuhannya digunakan oleh kapal persiaran dan pengangkutan kargo. Pelabuhan air dalam yang utama mempunyai selat sepanjang 2438 meter dan selebar 91 meter. | UMUM | |
SAMARIUM | Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm. Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36. Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski. Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis menemui samarium pada tahun 1879. Samarium paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 , berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada 1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik dan mempunyai banyak kegunaan komersial. Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia. | UMUM | |
BUSYEL | Busyel ialah ukuran yang biasa digunakan untuk mengukur barang pukal perdagangan. Busyel Imperial bersamaan dengan lapan gelen Imperial dan mengandungi 36.37 liter. | UMUM | |