Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENARA CONDONG PISA

Menara Condong Pisa ialah sebuah menara

loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya

terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4

meter daripada garisan asal apabila diukur daripada

tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak

asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil.

Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun

1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan

1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula

terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina.

Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an

bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan

dengan segera.

UMUM 
MATA

4>Mata ialah organ penglihatan. Mata merupakan organ

4>yang paling penting untuk mengenal dunia di

4>sekeliling kita.

UMUM 
SEGI EMPAT SAMA

Segi empat sama ialah rajah satah dalam

geometri, yang mempunyai empat sisi yang lurus

dan empat sudut tegak (90º) yang sama.

Jika setiap sisi pada sesuatu segi empat sama

berukuran empat sentimeter panjang, maka segi

empat sama tersebut boleh dipotong menjadi

4 x 4, atau 16 segi empat sama yang lebih kecil

yang mempunyai sisi satu sentimeter panjang.

Luas segi empat sama tersebut bersamaan 16

sentimeter persegi (lihat Ukuran persegi ). Dalam

aritmetik dan algebra, kuasa dua bagi sesuatu

kuantiti ialah hasil kuantiti itu sendiri. Contohnya,

16 ialah kuasa dua 4, kerana 4 x 4 = 16. Jika b

mewakili sebarang kuantiti, maka kuasa dua bagi

b , atau b+ b, ditulis sebagai . Angka 2 kecil

yang ditulis di sebelah kanan dan atas huruf b

dikenali sebagai eksponen . Eksponen 2 tersebut

menunjukkan bahawa kuantiti b hendaklah

diambil dua kali sebagai satu faktor.

Lihat juga Kuasa; Punca kuasa dua; Sisi empat.

UMUM 
KESEIMBANGAN KIMIA

4>Keseimbangan kimia ialah keadaan seimbang

4>yang tercapai apabila tindak balas kimia kelihatan

4>terhenti. Tindak balas ini biasanya ditunjukkan

4>dengan menulis persamaan kimia yang mempunyai

4>dua anak panah.