Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 4 8


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIRI

Siri dalam matematik, ialah jumlah urutan sesuatu

bilangan. Contohnya, set nombor 2, 4, 6, 8, 10

membentuk satu urutan. Jika anda menambah

nombor ini, ia membentuk siri 2 + 4 + 6 + 8 + 10.

Satu urutan boleh merupakan mana-mana set

sebutan (ungkapan nombor atau algebra) yang

disusun dalam tertib tertentu. Satu contoh urutan

yang mempunyai sebutan algebra ialah a, ar, ar²,

ar³, ar4. Siri berkaitan ialah a + ar + ar² + ar³ + ar 4.

Satu siri seperti ½ - . mengandungi

sebutan positif dan negatif.

UMUM 
TALI

Tali diperbuat daripada lembar benang atau

dawai yang dipintal bersama. Saiznya adalah antara

4.8 milimeter hingga melebihi 152 milimeter

mengikut ukuran diameternya. Tali yang berukuran

kurang daripada 4.8 milimeter tebal dikenali

sebagai tali pintal atau kord. Tali-temali ialah

istilah umum bagi tali, tali pintal atau kord yang

diperbuat daripada lembar benang.

UMUM 
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 
AMANITES

Amanites ialah ahli kumpulan agama yang

dikenali sebagai Persatuan Gereja Amana.

Perkataan Amana berasal daripada Song of

Solomon 4:8. Ia ialah nama sebuah gunung dan

bermakna benar atau tetap .

UMUM 
OAKLAND

Oakland , California, Amerika Syarikat (pend.

372 242) ialah salah sebuah pusat perkapalan

tersibuk di California. Oakland terletak di pantai

timur, Teluk San Francisco. Bandar ini terletak 4.8

kilometer di seberang teluk dari San Francisco.

UMUM 
KESEIMBANGAN KIMIA

4>Keseimbangan kimia ialah keadaan seimbang

4>yang tercapai apabila tindak balas kimia kelihatan

4>terhenti. Tindak balas ini biasanya ditunjukkan

4>dengan menulis persamaan kimia yang mempunyai

4>dua anak panah.