Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGKATAN 45

Angkatan 45, persatuan penulis Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan oleh Angkatan Muda Sasterawan Indonesia setelah pengisytiharan Kemerdekaan pada 17 Ogos 1945.

SASTERAInstitusi/Organisasi
NAZARETH

Nazareth (pend. 45 600) ialah sebuah bandar di

utara Israel. Untuk lokasi, lihat Israel (peta politik).

Ia merupakan tempat tinggal Jesus Christ semasa

mudanya. Bandar ini terletak di Galilee, provinsi

Rom (lihat Galilee ).

UMUM 
DODOMA

Dodoma (pend. 45 703) ialah sebuah bandar di

pusat Tanzania. Pada tahun 1973, rakyat Tanzania

mengundi memindahkan ibu negara dari pesisir

bandar Dar es Salam ke Dodoma. Perpindahan

ini dirancang selesai pada tahun 1990-an.

Dodoma dipilih sebagai pusat bagi ibu negara

baharu khusus disebabkan kedudukannya yang

di tengah-tengah Tanzania. Untuk lokasi, lihat

Tanzania (peta).

UMUM 
SURAH AL-JATHIYAH

Surah al-Jathiyah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-45 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

37 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Jathiyah

(yang berlutut) berdasarkan firman Allah yang

bermaksud:

Dan (pada Hari Kiamat) engkau akan melihat

tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan

menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk

menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan

kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas

menurut apa-apa yang kamu telah kerjakan”.

(Surah al-Jathiyah 45:27)

UMUM 
SA‘ID IBN JUBAYR

Sa‘id ibn Jubayr (45–95 H./666 –714 M.), ahli

fiqh. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Jubayr al-Asady

Abu Muhammad al-Kufi. Dia seorang tabi‘in. Dia

seorang yang berilmu, amanah dan kuat beribadat.

Banyak kisah yang memperkatakan tentang ibadatnya.

Dia meriwayatkan hadith daripada Abdullah ibn

Abbas, Abdullah ibn al-Zubair, Abdullah ibn Umar,

Abi Sa`id al-Khudri, Anas dan selain mereka daripada

kalangan sahabat.

UMUM 
ZAYD IBN THABIT

Zayd ibn Thabit (11 SH – 45 H/611 M – 665),

sahabat nabi yang berasal daripada golongan

Ansar daripada kabilah Khazraj. Nama penuhnya

ialah Zayd ibn Thabit Abu Kharijah. Dia lahir di

Madinah. Bapanya terbunuh dalam Perang Bi’ath

sewaktu dia berusia enam tahun. Dia dibawa

ke Makkah oleh ibunya.

UMUM 
DIALEK MELAYU TERENGGANU

45.0pt 2.5in">DIALEK MELAYU TERENGGANU, dialek yang dituturkan di seluruh negeri Terengganu dan sepanjang kawasan pantai Pahang hinggalah ke Mersing, Johor kecuali di bahagian sempadan Terengganu dengan Kelantan. Menurut pengamatan sesetengah pengkaji, pengaruh dialek Terengganu tersebar hingga ke Hulu Tembeling, Pahang.

BAHASABahasa
AVOSET

Avoset ialah sejenis burung randuk yang

mempunyai kaki yang panjang, berukuran kira-

kira 40 hingga 45 sentimeter. Terdapat empat

spesies avoset, iaitu satu di Australia, satu di

Amerika Utara, satu di Amerika Selatan, dan satu

di Eropah. Bulu avoset kebanyakannya berwarna

hitam dan putih. Kepala dan leher avoset Amerika

Utara berjalur-jalur perang semasa musim mengawan.

Burung ini mempunyai paruh yang panjang,

rata, yang melengkung ke atas, dan boleh

mengorek-ngorek dasar takungan air cetek.

Dengan cara ini, ia dapat memungut hidupan air

yang kecil untuk dimakannya. Ia juga makan

makanan lain yang terapung di permukaan.

Pengelasan saintifik. Avoset termasuk dalam famili

avoset dan Recuvirostridae. Avoset Australia ialah

Recurvirostra novaehollandiae, avoset Eropah R.

avosetta, dan avoset Amerika Utara R.americana.

UMUM 
IKAN PICUIkan picu ialah sejenis ikan yang hidup di
laut panas dan lautan tropika. Kebanyakan ikan
ini kurang daripada 45 sentimeter panjangnya,
berbadan agak bulat dan pipih di sisinya.
UMUMUmum
MUSKELLUNGE

Muskellunge ialah ikan yang paling besar dalam

famili pike. Panjangnya boleh mencapai 1.8 meter

dan beratnya lebih kurang 45 kilogram.

Bagaimanapun, kebanyakan muskellunge

panjangnya antara 0.5 hingga satu meter dan

beratnya dua kilogram hingga 16 kilogram. Jangka

hayat maksimum muskellunge adalah kira-kira 25

tahun.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas