KU KLUX KLAN | 5>Ku Klux Klan ialah kumpulan kongsi gelap 5>orang kulit putih yang menentang sebarang kemajuan 5>orang kulit hitam, Yahudi, dan golongan minoriti 5>yang lain. Ku Klux Klan, juga dikenali sebagai 5>KKK atau Klan sahaja, aktif di Amerika Syarikat dan 5>Kanada. Ia kerap menggunakan kekerasan untuk 5>mencapai tujuannya. | UMUM | |
KOMUNITI | 5>Komuniti dalam sains sosial ialah satu kumpulan 5>orang ramai yang berkongsi kepercayaan dan adat 5>yang sama dan mungkin hidup di kawasan yang 5>sama. | UMUM | |
KESUSASTERAAN JERMAN | 5>Kesusasteraan Jerman ialah kesusasteraan 5>orang Eropah tengah yang bertutur dalam bahasa 5>Jerman. Ia termasuk karya dari Jerman, Austria, 5>Switzerland dan juga kawasan berjiran seperti 5>Alsace, Bohemia dan Silesia. | UMUM | |
KHOIKHOIN | 5>Khoikhoin ialah nama orang yang berkulit 5>kuning di selatan Afrika. Pada masa dahulu 5>orang ini dikenali sebagai Hottentot. | UMUM | |
KESUSASTERAAN YIDDISH | 5>Kesusasteraan Yiddish ialah kesusasteraan 5>orang Yahudi yang menulis dan bertutur 5>dalam bahasa Yiddish. Kesusasteraan Yiddish 5>bermula pada akhir tahun 1200-an dan mencapai 5>kemuncaknya pada akhir tahun 1800-an dan awal 5>1900-an. | UMUM | |
KUMPULAN MINORITI | 5>Kumpulan minoriti ialah sekumpulan 5>orang yang berbeza dalam beberapa keadaan 5>daripada kumpulan utama dalam masyarakat. 5>Anggota kumpulan minoriti mungkin berbeza 5>daripada kumpulan utama yang juga dikenali 5>sebagai kumpulan dominan dari segi percakapan, 5>penampilan, dan amalan budaya. Kumpulan 5>dominan mempunyai kuasa politik dan ekonomi 5>yang lebih besar daripada kumpulan minoriti. 5>Dalam banyak kejadian, kumpulan dominan 5>mendiskriminasi kumpulan minoriti – melayan 5>mereka secara tidak adil. Kebanyakan anggota 5>kumpulan minoriti memiliki peluang politik, 5>ekonomi, dan sosial yang sedikit berbanding 5>anggota kumpulan dominan. | UMUM | |
KESATERIA DAN KESATERIAAN | 5>Kesateria dan kesateriaan. Perkataan 5>kesateria berasal daripada perkataan Inggeris 5>Lama knight, yang bermaksud orang gaji peribadi. 5>Orang Inggeris menggunakan perkataan itu untuk 5>menghuraikan askar berkuda Perancis yang mula- 5>mula 5>tiba di England selepas penaklukan Norman 5>pada tahun 1066. Kesateria hanya pahlawan 5>yang dilengkapi dan dilatih untuk bertempur 5>sambil menunggang kuda. | UMUM | |
PASAR-PASAR ARAB | 5>Pasar-pasar Arab ialah kelab-kelab sastera 5>yang didirikan pada zaman Jahiliah dan Islam. Ia 5>memainkan peranan penting kepada kehidupan 5>orang Arab dari sudut keagamaan, kebudayaan, 5>ekonomi, dan sosial. Di sini akan diketengahkan 5>pengenalan mengenai pasar-pasar yang terkenal, 5>tempat, tarikh, matlamat, dan pengaruh pasar- 5>pasar tersebut. | UMUM | |
PAPIRUS | 5>Papirus ialah tumbuhan air di Mesir. Seratnya 5>digunakan oleh orang Mesir purba sebagai bahan 5>tulisan. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk 5>membuat tikar, sandal dan kain layar bagi perahu 5>kecil. Bunganya yang keperangan dibuat kalung 5>bunga bagi tempat suci dewa orang Mesir. Ramai 5>orang menyangka bahtera kecil tempat ibu Musa 5>menyembunyikan anak lelakinya dibuat daripada 5>papirus. | UMUM | |
PASANG SURUT | 5>Pasang surut ialah turun naik paras air di 5>kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa 5>yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan 5>orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai 5>dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak 5>yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan 5>berenang semasa air sedang pasang dan mencari 5>kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang 5>surut air juga menandakan waktu bermula atau 5>berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana 5>nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau 5>masuk pelabuhan. | UMUM | |