| KOBALT 60 | Kobalt 60 lihat Kobalt. | UMUM | |
| MINIT | Minit adalah unit yang digunakan untuk mengukur masa dan sudut. Dalam masa, 60 minit adalah satu jam. Setiap minit dibahagikan kepada 60 saat. Oleh sebab satu jam adalah 1∕24 daripada satu hari, maka satu minit adalah 1∕1440 daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut, 60 minit adalah satu darjah. Sebuah bulatan dibahagikan kepada 360 darjah. Oleh itu, satu minit adalah 1∕121 600 daripada sebuah bulatan lengkap. Setiap minit bagi suatu sudut dibahagikan kepada 60 saat. | UMUM | |
| SAAT | Saat, unit dalam sistem metrik, digunakan untuk mengukur masa dan sudut. Simbolnya ialah s. Dalam pengukuran masa, 60 saat menjadikan satu minit. Terdapat 60 minit dalam satu jam, dan 24 jam dalam satu hari. Jadi, satu saat ialah 1 / 86 400 daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut, 60 saat menjadikan satu minit, dan terdapat 60 minit dalam satu darjah. Sebuah bulatan terbahagi kepada 360 darjah. Jadi, satu saat ialah 1 / 1 296 000 daripada satu bulatan. | UMUM | |
| TERMOS | Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali sebagai kelalang vakum atau kelalang Dewar . Botol termos mempunyai beberapa saiz, berbeza mengikut kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia juga mempunyai pelbagai kegunaan. Termos lazimnya digunakan untuk membawa minuman seperti kopi, jus, susu, ataupun sup. Termos juga digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik untuk menyimpan ubat-ubatan dan bahan kimia, memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet plasma darah. | UMUM | |
| PUCUNG | Pucung ialah mana-mana satu daripada 60 spesies burung randuk, yang termasuk burung helang dan bittern. Pucung adalah burung yang cantik, paruhnya panjang dan runcing. Burung ini mempunyai kepala yang tirus, leher yang panjang, dan kaki yang panjang. Sesetengah burung pucung mempunyai jambul yang panjang dan berbulu pada leher dan badannya. Burung pucung tinggal di semua benua kecuali Antartika.. | UMUM | |
| POPULASI | Akan dikemaskini | MATEMATIK | Kaedah |
| PENJELAJAHAN BULAN | Kaedah | FIZIK | Kaedah |
| SURAH AL-MUMTAHANAH | Surah al-Mumtahanah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-60 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 13 ayat. Surah ini dinamakan al- Mumtahanah (perempuan yang diuji imannya) kerana berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah ini yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka; dengan yang demikian sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir”. (Surah al-Mumtahanah 60:10) | UMUM | |
| TANDAAN FAKTORIAL | Akan dikemaskini | MATEMATIK | Kaedah |
| PILIH ATUR | Akan dikemaskini | MATEMATIK | Kaedah |