NERO | Nero (37 M.–68 M.) ialah maharaja Rom yang memerintah dari tahun 54 M. hingga dia meninggal dunia 14 tahun kemudian. Pemerintahannya lebih dikenal dengan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar Rom pada tahun 64 M. Nero membina Golden House, istana yang sangat besar, di tengah-tengah kawasan yang telah terbakar itu. Khabar angin ada menyatakan bahawa Nero memulakan kebakaran supaya dia boleh membina istana tersebut. Tetapi dia menyalahkan orang Kristian, yang ketika itu ialah kumpulan yang tidak popular di Rom, dan membunuh mereka. | UMUM | |
SURAH AL-QALAM | Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan al- Qalam dalam firman-Nya yang bermaksud: “Nun. Demi al-Qur’an dan sesuatu yang mereka tulis”. (Surah al-Qalam 68:1) | UMUM | |
KHADIJAH BINT KHUWAYLID | Khadijah bint Khuwaylid (68–3 SH/556 M – 620 M) ialah isteri pertama Rasulullah SAW. Baginda mengahwini Khadijah ketika berumur 40 tahun. Ketika itu Rasulullah SAW berumur 25 tahun. | UMUM | |
ABDULLAH IBN AL-ABBAS | Abdullah ibn al-Abbas (3 S.H.–68 H./ 619 M.–687 M.), anak saudara Rasulullah SAW yang dilahirkan sebelum Hijrah dan tidak pernah dicemari dengan unsur-unsur syirik. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn al-Abbas ibn Abd al- Muttalib ibn Hisham, seorang sahabat besar yang berasal dari Makkah. | UMUM | |
ANKYLOSAURUS | Ankylosaurus ialah dinosaur berkulit keras yang amat besar yang hidup antara 68 juta tahun dengan 65 juta tahun dahulu, di barat Amerika Utara kini. Nama ankylosaurus , bermakna cicak bercantum , dan menggambarkan kulit kerasnya, yang terdiri daripada kepingan bertulang yang bercantum atau tumbuh bersama. Kulit keras ini melindungi semua bahagian tubuhnya yang terdedah, termasuk kepala, belakang dan ekor. | UMUM | |
ERBIUM | Erbium (simbol kimia, Er), ialah satu daripada logam bumi nadir. Nombor atomnya ialah 68. | UMUM | |
TIRANNOSAURUS | Tirannosaurus atau tyrannosaurus ialah dinosaur pemakan daging yang besar, yang hidup kira-kira 68 hingga 65 juta tahun dahulu di tempat yang kini adalah barat Amerika Utara. Nama Tirannosaurus dalam bahasa Inggeris bermakna cicak kejam. Tyran ialah pemerintah yang kejam, berkuasa. Tirannosaurus mendapat namanya kerana ahli sains menyangka bahawa haiwan besar demikian tentunya menguasai semua haiwan lain, membunuh mengikut kehendaknya. Nama saintifik bagi spesies ini ialah Tirannosaurus rex . | UMUM | |
MIN | Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67, 62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut sebagai purata aritmetik atau min aritmetik. Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik (Kebarangkalian). | UMUM | |
SIBERIA | Siberia merupakan sebuah rantau yang luas dan kurang berpenduduk, terletak di bahagian utara Asia. Siberia terletak di dalam Rusia, dan membentuk kira-kira 75 peratus daripada keluasan Rusia, tetapi hanya 20 peratus daripada penduduk Rusia yang mendiaminya. Sebahagian besar kawasan ini diliputi salji dan ais selama kira-kira enam bulan dalam setahun. Suhunya kadangkala berada di bawah –68° C. | UMUM | |
ALBINO | Albino ialah penyakit yang dialami terutama oleh manusia dan haiwan disebabkan oleh kekurangan pigmen melenin pada kulit dan rambut (bulu). | PERUBATAN | Penyakit |