Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REYKJAVÍK

Reykjavík (pend. 99 623; pend. kaw. met. 145 098)

ialah ibu negara dan bandar terbesar di Iceland.

UMUM 
EINSTEINIUM

Einsteinium (simbol kimia, Es) ialah unsur

radioaktif artifisial. Nombor atomnya ialah 99 dan ia

mempunyai 14 isotop.

UMUM 
BINGKOR

99.0pt">BINGKOR,  pusat pentadbiran peribumi dan merupakan lembaga tempatan pertama yang diperkenalkan oleh Pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo  Utara di Borneo Utara (Sabah) pada tahun 1936.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
BINGKA

99.0pt">BINGKA, sejenis kuih yang dibakar.  Bingka atau bengkang biasanya diperbuat daripada campuran tepung, santan, gula pasir dan bahan lain seperti pisang, jagung dan labu.  Ada juga bingka yang diperbuat daripada roti, ubi kayu dan kentang yang tidak menggunakan tepung.  Ada pembuat bingka yang menggantikan santan dengan susu, gula pasir dengan gula merah atau gula melaka.

BUDAYAMakanan
BINGKISAN MELAYU

99.0pt">BINGKISAN MELAYU,  buku yang mengandungi contoh-contoh surat kiriman dan jawapan dalam bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1952.  Buku bertulisan Rumi ini asalnya diberi judul “Persuratan Melayu’’ dikarang oleh Mansor bin Sanusi.  Penukaran judul buku ini dibuat kerana penulis merasakan bahawa judul asalnya tidak sesuai dengan isi kandungannya, tanpa membuat sebarang pindaan.  Bingkisan Melayu diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dicetak oleh Syarikat Percetakan Qalam, Jalan Geylang, Singapura.  Kata pengantar buku ini ditulis oleh S.M. Zainal Abidin B.A dan diulang cetak sebanyak tujuh kali.

BAHASAKitab
SURAH AL-ZALZALAH

Surah al-Zalzalah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-99 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Zalzalah

(gegaran) bersempena peristiwa gegaran yang

amat dahsyat, yang akan berlaku pada hari kiamat

dan menjadi pembukaan bagi surah ini.

UMUM 
SURAH AL-HIJR

Surah al-Hijr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-15 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 99 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Hijr kerana Allah

S.W.T. menyebut tentang apa yang berlaku

terhadap kaum Salih, iaitu kabilah Thamud, serta

rumah mereka yang terletak di Hijr, iaitu antara

Madinah dan Syam. Mereka ini adalah orang yang

gagah, dan mampu mengukir gunung sehingga

boleh dijadikan rumah kediaman. Mereka

merasakan seolah-olah akan terus hidup kekal,

tanpa ditimpa kebinasaan dan kematian. Ketika

mereka berada dalam keadaan aman dan tenang,

tiba-tiba mereka ditimpa azab yang dahsyat di

waktu hening pagi.

UMUM 
NEUTRON

Neutron ialah zarah subatom. Neutron, bersama

dengan zarah subatom lain yang dikenali sebagai

proton, membentuk nukleus atom, kecuali atom

hidrogen biasa, yang mempunyai nukleusnya

terdiri daripada satu proton (lihat Proton ). Neutron

dan proton membentuk 99.9 peratus jisim atom.

Gumpalan elektron di sekeliling nukleus

membentuk jisim yang selebihnya (lihat Elektron ).

Di dalam nukleus, neutron dan proton bercantum

bersama dengan daya yang dikenali sebagai saling

tindakan kuat atau daya nukleus kuat .

UMUM 
SUNGAI PERAKSUNGAI PERAK, sungai kedua terpanjang di Malaysia iaitu lebih kurang 400 km.  Dari muara Sungai Perak hingga ke bandar Kuala Kangsar terdapat sebanyak 99 cawangan sungai.  Di tengah-tengah aliran sungai ini terdapat banyak pulau kecil.  Sungai Perak bermula dari Gunung Hulu Merah, yang terletak di sempadan Perak – Thailand yang ketinggiannya melebihi 1000 m.  Cawangan utama Sungai Perak ialah Sungai Kinta, Sungai Batang padang, Sungai Bidor, Sungai Tangkas, Sungai Tiang, Sungai Pial, Sungai Kerunei, Sungai Temenggor, Sungai Pelus, Sungai Lenggong, Sungai Temelong dan Sungai Kangsar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KESEIMBANGAN

Keseimbangan dalam fizik. Lihat Pusat graviti;

Statik; Tuas