Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
T

T adalah huruf yang ke-20 dalam abjad Inggeris. Ia

juga adalah salah satu huruf dalam abjad orang

Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.

Mereka menamakan huruf ini taw , perkataan yang

bermaksud tanda . Mereka menggunakan tanda

berbentuk palang yang mungkin dipinjam daripada

hiroglif Mesir, atau simbol bergambar yang

digunakan sebagai tanda semakan.

UMUM 
ELIOT, T.S.

Eliot, T.S. (1888–1965), tergolong antara

penyair yang paling penting pada tahun 1900-

an. Dalam “The Love Song of J. Alfred Prufrock”,

The Waste Land, dan puisi-puisi yang lain, dia

meninggalkan teknik dan tema puisi sebelum

Perang Dunia I. Puisi dan karya kritikannya

membantu pembentukan semula kesusasteraan

moden. Pada tahun 1948, Eliot menerima Hadiah

Nobel bagi bidang kesusasteraan.

UMUM 
AMERICAN TELEPHONE AND TELEGRAPH COMPANY (AT&T)

American Telephone and Telegraph

Company (AT&T) ialah salah satu daripada

syarikat pemprosesan maklumat yang terbesar di

dunia. Syarikat ini membekalkan produk dan

perkhidmatan komunikasi kepada individu,

kerajaan dan perniagaan di Amerika Syarikat dan

di seluruh dunia. AT&T juga membuat komponen

elektronik dan sistem telekomunikasi.

UMUM 
ELIOT, T.S

Eliot, T.S. (1888-1965), penyair, pengkritik dan editor Inggeris kelahiran Amerika. Eliot lahir pada 26 September 1888 di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
COLLINS, JAMES T.

COLLINS, JAMES T. (1946-  ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Amerika. Dia lahir di Chicago, Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah James Thomas Collins. Collins memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang linguistik dari University of Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, Collins telah berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Linguistik) dari universiti yang sama.

          

BAHASATokoh
T. ALIAS TAIB

T. ALIAS TAIB (1943-     ), penyair.  Dia lahir pada 20 Februari 1943 di Kampung padang Engku Sar, Batas Baru, Kuala Terengganu, Terengganu.  Nama sebenarnya ialah Tengku Alias bin Talib.  Dia juga pernah menggunakan nama Ali A.S.  dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gong Kapal dan lulus Darjah Tiga (1952).  Kemudian, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (Inggeris), Kuala Terengganu dan lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1958.  Pada tahun 1968, dia lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SASTERATokoh
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 
DUSSEK, O.T.

DUSSEK, O.T. (1886 -   ?), pengkaji bahasa Melayu. Dia lahir pada 16 November 1886 di Surey, England. Nama penuhnya ialah Oman Theodore Dussek dan berketurunan Jerman.

BAHASATokoh
LAWRENCE, T.E. UMUM 
V.T. SAMBATHANAhli politik dan Presiden parti Malayan Indian congress (MIC)SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12345678910...

Kembali ke atas