Automobile Association (AA) di Britain ialah pertubuhan permotoran terbesar di dunia. Ia mempunyai lebih enam juta ahli. Tujuan persatuan ini umumnya adalah untuk melindungi dan meningkatkan minat pemandu kenderaan bermotor dan menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh untuk ahlinya. Perkhidmatan yang diberikan meliputi servis kerosakan, bantuan dari segi undang-undang, maklumat teknikal, pelan jalan, perakuan hotel, dan sebuah buku panduan percuma. AA mengatur insurans motor dan lain-lain, dan merupakan penerbit utama buku berkaitan dengan perjalanan, panduan dan peta. |