ADE, GEORGE | Ade, George (1866–1944) ialah penulis Amerika yang menulis karya humor dan drama. Dia juga ialah seorang wartawan. Ade menjadi masyhur menerusi cerita lucunya yang ditulis dalam bahasa percakapan harian dan slanga popular kawasan luar bandar Midwest, terutamanya dialek Indiana, negeri kelahirannya. Karya Ade yang terkenal ialah Fables in Slang (1899), sebuah koleksi cerita yang mencontohi Aesop’s Fables . | UMUM | |
LAZUARDI ANWAR | LAZUARDI ANWAR (1937- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 12 April 1937 di Pauh, Pariaman, Minangkabau, Indonesia. Dia pernah menggunakan nama pena termasuklah Dyafanusa, Heni Fitria, Ade Mirsalino dan Yahendra. Dia mendapat pendidikan di sekolah rakyat, sekolah menengah pertama, kemudian di Sekolah Menengah Atas Negeri II A – C di Pematang Siantar, Sumatera Utara hingga tamat pada tahun 1961. Sewaktu di SMA, dia menubuhkan ‘akhbar dinding’ Cetusan Pelajar. | SASTERA | Tokoh |