Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep artificial intelligence (kecerdasan buat­an). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sr kata utk menyatakan kehairanan: ~, sudah lama di sini! (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ia, setuju: siapa yg bersetuju akan usul itu berkata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata AI


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESULTANAN KEDAH

KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
BANDA

BANDA, pulau yang menjadi sebahagian wilayah kabupaten Maluku Tengah, merupakan pusat pentadbiran Kepulauan Banda. Ibu negerinya Bandanaira, mempunyai penduduk lebih kurang 5000 orang. Pulau Banda dikelilingi oleh banyak pulau kecil, antaranya termasuklah Pulau Ai, Pulau Gunung-api dan Pulau Pisang, dan kesemua pulau ini disebut Kepulauan Banda. Keluasan Pulau Banda lebih kurang 44 km persegi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
S. WOJOWASITO

S. WOJOWASITO (1919 – 1983), ahli bahasa dan ahli falsafah Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Soewojo Wojowasito.  Dia lahir pada 5 Januari 1919 di solo, Jawa Tengah, Indonesia.  Dia menamatkan pelajarannya di AMS Afdeling AI (Algemene Middelbare School, Afdeling Maleise/Javaanese Taal-en Letterkunde) pada tahun 1939.  Dari tahun 1939 hingga tahun 1942, dia menjadi penolong kepada Profesor Dr. C.C. Berg untuk mengumpulkan data tentang bahasa-bahasa di Jawa (Merak hingga Banyuwangi).  Pada tahun 1950, dia meneruskan pengajiannya di Fakultas Sastra dan Filsafat, Universitas Indonesia, dan lulus sebagai Sarjana Sastra dan Filsafat pada tahun 1954.  Dia juga lulus Sarjana Sastra Jawa dan Indonesia dari universiti yang sama pada tahun 1956.

BAHASATokoh
PEHIN JAMIL, PEHIN JAWATAN DALAM SERI MAHARAJA DATO' SERI UTAMA

PEHIN JAMIL, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato' Seri Utama (1921-   ), pendidik, budayawan, sejarawan, sasterawan dan ahli agama Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 10 Disember 1921 di Kampung Sungai Kedayan, Bandar Seri Begawan. Nama penuhnya ialah Haji Awang Mohd. Jamil AI-Sufri bin Haji Awang Umar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas