DEKLARASI ASEAN | DEKLARASI ASEAN, dokumen asas yang termaktub dan unggul kepada pertubuhan ASEAN untuk mewujudkan kerjasama serantau. Deklarasi ini juga dikenal sebagai Deklarasi Bangkok, ditandatangani pada 8 Ogos 1967 oleh Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Carlos Romulo (Setiausaha Luar Filipina), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Tun Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA | Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (Association of Southeast Asian Nations [(ASEAN)] ialah sebuah pertubuhan negara-negara di Asia Tenggara – Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura , Thailand, dan Vietnam. Ia menggalakkan kerjasama ekonomi, kebudayaan, dan sosial di kalangan negara anggota. Walaupun ASEAN berusaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai rantau yang aman dan stabil, namun ia bukan satu pakatan ketenteraan. | UMUM | |
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA | Sebuah organisasi serantau yang bertujuan untuk menyelaras serta mempereratkan kerjasama di kalangan negara-negara anggotanya. ASEAN telah diasaskan oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
THUMBOO, EDWIN | Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik, dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor bahasa Inggeris di National University of Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die (1977) menerima anugerah puisi Singapore National Book Development Council pada tahun 1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada tahun 1987, dia menerima Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree (1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue (1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the Merlion (1979). Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia mendapat pendidikannya di Victoria School dan University of Malaya di Singapura. | UMUM | |
ZIARAH, | ZIARAH, novel karya Iwan Simatupang. Novel ini diterbitkan pada tahun 1969 oleh Penerbit Djambatan, di Jakarta, Indonesia. Ziarah pernah mendapat Hadiah harapan pada sayembara UNESCO yang dianjurkan oleh Ikatan Penerbitan Indonesia dan hadiah Sastera ASEAN 1977. | SASTERA | Adat |
ZAID AHMAD | ZAID AHMAD (1944- ), penulis. Dia lahir pada bulan Mei 1944 di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Pasir Mas hingga lulus Darjah Enam. Kemudian dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan hingga lulus FMC pada tahun 1963. Selepas itu, dia menuntut pula di Central Inland Fisheries Institute, Calcutta, India. Pada tahun 1975, dia mengikuti program ASEAN Training Course di Sukabujmi, Indonesia. Kini dia bertugas sebagai pegawai perikanan di Machang, Kelantan. | SASTERA | Tokoh |