BAHASA MELAYU MODEN | BAHASA MELAYU MODEN, bahasa Melayu yang digunakan sejak pertengahan abad ke-20 apabila proses pembinaan dan pengembangan bahasa dimulakan. | BAHASA | Konsep |
BOROBUDUR | BOROBUDUR, candi terbesar di Indonesia, dibina di kaki Gunung Menoreh yang terletak di wilayah Desa Bumisegoro, dekat Kota Magelang, Jawa Timur. Borobudur yang bererti ‘Himpunan Kuil-kuil di atas Bukit’ atau ‘Himpunan Kebajikan dalam 10 Tingkatan Bodhisatwa’ mula dibina sekitar tahun 800 M. oleh kerajaan Sailendra, yang memerintah Jawa Tengah dari pertengahan abad ke-8 M hingga tahun 830 M. Kekuasaan wangsa itu lenyap pada pertengahan abad ke-9 M. Seabad kemudian kegiatan politik dan budaya berpindah dari Jawa Tengah ke Jawa Timur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
MAWDUDIY, ABU AL-A‘LA’ AL | Mawdudiy, Abu al-A‘la’ al- (1321 H.–1399 H./ 1903 M.–1979 M.), ahli fikir dan pendakwah Islam yang terkenal di India dan juga merupakan seorang ketua jemaah Islam di India pada pertengahan abad ke-20. | UMUM | |
RAJA KUNING | RAJA KUNING ( ? -1651), Raja Perempuan Patani yang terakhir (1635-1651), juga raja terakhir daripada dinasti Raja Seri Wangsa yang memerintah Patani sejak pertengahan abad ke-4. Baginda ialah puteri Raja Ungu dan suaminya, Sultan Abdul Ghafur, Sultan Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERSATUAN BENDERA MERAH PUTIH | PERSATUAN BENDERA MERAH PUTIH, persatuan orang India Islam di Negeri-Negeri Selat pada pertengahan abad ke-19. Persatuan ini diasaskan oleh orang India Islam di Pulau Pinang dan tidak didaftarkan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
LONG GHAFAR | LONG GHAFAR ( ? -1794), Perdana Menteri Kelantan. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia hidup sezaman dengan Long Yunus, iaitu pengasas negeri Kelantan moden dan keturunan Long Yunus atau kerabat diraja yang memerintah negeri Kelantan sejak pertengahan abad ke-18 hingga kini. Long Ghafar dikatakan anak Raja Reman. Sebelum tahun 1810, Reman merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Melayu Patani, tetapi selepas tahun 1909, menjadi sebahagian daripada Wilayah Yala, selatan Negara Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KOTA RAJA MAHADI | KOTA RAJA MAHADI, kawasan kediaman dan benteng pertahanan Raja Mahadi, putera kepada Sultan Sulaiman, yang memerintah negeri Selangor pada pertengahan abad ke-19. Kota ini terletak di puncak sebuah bukit di selatan Sungai Kelang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
RAJA HIJAU | RAJA HIJAU (1553-1616), Raja Patani yang keenam (1584-1616). Baginda ialah puteri sulung Sultan Mansur Syah (m.m 1564-1572). Raja Hijau ialah raja yang keenam dalam senarai sembilan orang raja keturunan Dinasti Seri Wangsa yang memerintah Kesultanan Melayu Patani sejak pertengahan abad ke-15 hingga tahun 1688. Raja Hijau ditabal sebagai Raja Patani ketika berusia 31 tahun setelah kemangkatan adindanya, Sultan Bahadur Syah (1573-1584). Baginda adalah puteri pertama yang memerintah Kesultanan Patani. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LONG JAAFAR | LONG JAAFAR ( ? -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato’ Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato’ Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato’ Alang Alaidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PATANI | PATANI, sebuah negeri di bawah Kesultanan Melayu Patani, di selatan Thailand pada pertengahan abad ke-15. Patani terletak di kawasan tepi pantai Laut China Selatan. Tanjung Patani digunakan sebagai tempat kapal perdagangan berlabuh pada musim monsun, sementara Sungai Patani ialah jalan perhubungan utama. Majoriti penduduk Patani terdiri daripada orang Melayu beragama Islam, manakala orang Siam dan Cina adalah penduduk minoriti. Selain golongan bangsawan dan golongan pemerintah, kebanyakan orang Melayu adalah petani dan nelayan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |