| PEOPLE'S ACTION PARTY (PAP) | parti politik (Parti yang menguasai kerajaan Singapura) | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| PERLEMBAGAAN RAKYAT | PERLEMBAGAAN RAKYAT (1947), satu cadangan ringkas dasar pentadbiran negara bagi menolak cadangan Perjanjian Persekutuan 1948 yang dibuat oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), raja-raja Melayu dan British. Perlembagaan Rakyat dibuat oleh gabungan Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malayan Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA) pada 8 Ogos 1947. Kedua-dua gabungan ini menentang usaha UMNO dan raja-raja Melayu untuk membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan perjanjian baharu. Oleh sebab British menyebelahi UMNO dan raja-raja Melayu, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa kerja (Working Committee) telah dibentuk dengan 12 orang anggota, iaitu enam orang pegawai British, empat orang wakil raja-raja Melayu dan dua orang wakil UMNO. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |