| PERTUBUHAN KESATUAN AFRIKA | Pertubuhan Kesatuan Afrika (Organization of African Unity (OAU) ialah persatuan negara-negara Afrika. Ia berfungsi menggalakkan perpaduan di kalangan penduduk Afrika dan memperteguhkan hubungan budaya, ekonomi, tentera, saintifik, dan sosial. Ia juga membantu negara-negara anggota yang dilanda bencana alam. OAU dianggotai oleh 52 negara dan sebuah kerajaan dalam buangan (lihat Jadual). | UMUM | |
| KONGRES KEBANGSAAN AFRIKA | Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congres) ialah sebuah parti politik di Afrika Selatan. Berikutan pilihan raya demokrasi pada tahun 1994, ANC menjadi parti pemimpin dalam kerajaan baharu Afrika Selatan. | UMUM | |
| MUGABE, ROBERT GABRIEL | Mugabe, Robert Gabriel (1924– ), menjadi ketua kerajaan Zimbabwe (dahulunya Rhodesia) pada tahun 1980. Dia mengetuai parti politik terbesar di negara tersebut iaitu Barisan Kesatuan Patriot Kebangsaan Afrika, Zimbabwe (Zimbabwe African National Union-Patriotic Front (ZANU–PF)). Pada akhir tahun 1970-an, Mugabe membantu dan memimpin puak nasionalis kulit hitam berjuang untuk menamatkan pemerintahan minoriti orang kulit putih. Hampir keseluruhan penduduk Zimbabwe adalah orang kulit hitam, tetapi orang kulit putih menguasai kerajaan dari tahun 1890 hingga tahun 1979. Lihat Zimbabwe (Sejarah). | UMUM | |
| SRI WULAN RUJIATI MULYADI | SRI WULAN RUJIATI MULYADI (1929-1993), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 September 1929 di Gorontalo, Sulawesi, Indonesia. Sri Wulan melanjutkan pelajaran di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia pada tahun 1959. Pada tahun 1980, dia mendapat ijazah Doktor Falsafah dari School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London dengan disertasinya yang berjudul “Hikayat Indraputra: A Malay Romance”. | SASTERA | Tokoh |