Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Afrika Selatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AFRIKA SELATAN, KERAJAAN.

Afrika Selatan, Kerajaan. Afrika Selatan 

ialah sebuah republik berparlimen. Parlimen

Afrika Selatan terbentuk pada bulan April 1994,

selepas Afrika Selatan mengadakan pilihan raya

umumnya yang pertama. Ketika itu semua orang

dewasa boleh mengundi. Anggota parlimen

memilih presiden yang akan menjadi ketua

kerajaan , menguasai penggubalan dan

pelaksanaan dasar kerajaan. Presiden juga ialah

ketua negara , yang bertindak sebagai wakil rasmi

negara dan melaksanakan tugas-tugas istiadat.

UMUM 
AFRIKA SELATAN, SENI

Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan

telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu

dengan karya seni orang San. Mereka mengukir

batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding

gua serta tempat perlindungn mereka yang

diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku

kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh

yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika

yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum

tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni

pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan

membuat manik.

UMUM 
AFRIKA SELATAN, PETEMPATAN (TANAH AIR)

Afrika Selatan, Petempatan (tanah air)

merupakan kawasan yang dikhaskan oleh kerajaan

Afrika Selatan dahulu untuk dijadikan perkampungan

bagi sesetengah kumpulan penduduknya.

UMUM 
THEILER

Theiler ialah nama keluarga bagi dua orang ahli

sains Afrika Selatan, iaitu bapa dan anak yang

menjadi terkenal di peringkat antarabangsa.

Sir Arnold Theiler (1867–1936) ialah penyelidik

sains veterinar. Onderstepoort di Afrika Selatan,

tempat Theiler mendirikan makmalnya, kini

mempunyai reputasi antarabangsa dalam sains

veterinar. Sir Arnold Theiler diberi penghormatan

sebagai pengasasnya.

UMUM 
SEKOTO, GERARD

Sekoto, Gerard (1913–1993) ialah pelukis

Afrika Selatan, mula menerima pengiktirafan pada

tahun 1940-an kerana lukisannya yang berwarna-

warni dan jelas tentang kehidupan di sebuah

bandar. Gerard dianggap sebagai perintis dalam

seni lukis moden Afrika Selatan. Karyanya terus

mempengaruhi generasi pelukis yang lebih

muda.

UMUM 
DURBAN

Durban (pend. 215 669; pend. kaw. met. 1 106 971)

ialah pelabuhan utama di timur Afrika Selatan.

Ia ialah bandar raya yang terbesar di Kwazulu-

Natal dan ketiga terbesar di Afrika Selatan (Lihat

Kwazulu-Natal).

UMUM 
PIETERSBURG

Pietersburg (pend. 25 500 ) ialah bandar ibu

Provinsi Utara di Afrika Selatan. Bandar ini terletak

kira-kira 250 kilometer ke timur laut Pretoria,

di jalan raya utama yang menghubungkan

Johannesburg dengan Zimbabwe. Untuk lokasi,

lihat Afrika Selatan (peta politik).

UMUM 
AFRIKA SELATAN, SEJARAH UMUM 
AFRIKA SELATAN UMUM 
MANDELA, WINNIE

Mandela, Winnie (1936?– ) ialah Timbalan

Menteri Kesenian, Kebudayaan, Sains dan

Teknologi Afrika Selatan pada tahun 1994 hingga

tahun 1995, selepas mengundur diri daripada

menentang kerajaan secara terbuka. Dia juga

merupakan bekas isteri presiden Afrika Selatan,

Nelson Mandela (lihat Mandela, Nelson).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas