MUZIUM BRITISH | Muzium British, di London, adalah antara muzium agung kebangsaan yang paling tua. Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans Sloane, doktor British dan juga ahli botani mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara. Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di Montagu House, West End; London. Pada tahun 1847, bangunan baru telah menggantikan Montagu House dan penambahan koleksi telah dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium British menarik lebih empat juta pengunjung setiap tahun. | UMUM | |
PERLEMBAGAAN BRITISH | Perlembagaan British ialah rangka kerja kerajaan dan undang-undang Great Britain. Perlembagaan ini tidak dinyatakan dalam sebarang dokumen tetapi terdiri daripada beberapa piagam yang berasingan, akta parlimen, keputusan undang-undang, dan adat. Mengikut undang-undang, Parlimen ialah institusi yang paling tinggi kedudukannya dan ia boleh mengubah sebarang peruntukan perlembagaan. Tetapi, mengikut tradisi, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diubah oleh parlimen. Misalnya, rakyat dilindungi daripada sebarang pemenjaraan yang tidak sah berasaskan writ of habeas corpus , yang bertarikh dari tahun 1200-an (lihat Habeas corpus ). | UMUM | |
LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA | Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), perbadanan yang menyediakan kemudahan untuk ahli. LTAT ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 di bawah Akta Parlimen (Akta 101/1973). | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
MARA | MARA, agensi berkanun. MARA ialah singkatan Majlis Amanah Rakyat. Ia ditubuhkan melalui Akta Parlimen 1966, sebagai sebuah badan berkanun. Sejarah penubuhan MARA adalah berikutan bubarnya Rural and Industrial Development Authority (RIDA) atau Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1950 untuk memperbaiki ekonomi dan sosial bumiputera di Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
FINAS | FINAS, organisasi yang menguruskan hal ehwal perfileman di Malaysia. FINAS ialah singkatan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Perbadanan ini telah ditubuhkan oleh kerajaan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta Parlimen 244 dan memulakan operasinya pada 1 November 1981. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
SURUHANJAYA DIRAJA | Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah badan yang dilantik oleh raja British bagi menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh beberapa orang yang tidak dibayar gaji. Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana yang wujud dalam industri atau hal-hal yang berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri. Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri untuk melantik seseorang bagi membentuk Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan. | UMUM | |
LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA | LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA, badan berkanun yang berkhidmat untuk masyarakat tani. Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) terletak di bawah Kementerian Pertanian. LPN telah ditubuhkan pada 20 September 1971 di bawah Akta Parlimen No. 47, Akta Lembaga Padi dan Beras Negara Tahun 1971. Penubuhan LPN ini adalah hasil gabungan dua buah agensi kerajaan iaitu Bahagian Bekalan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dengan Perbadanan Pemasaran Padi dan Beras. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN | YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN, tabung pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan. Yayasan ini ditubuhkan bagi memperingati jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Yayasan Tunku Abdul Rahman telah ditubuhkan secara rasmi melalui Akta Parlimen Bilangan 43, bertajuk Akta Tabung AmanahYayasan Tunku Abdul Rahman. Akta ini diluluskan di Parlimen pada 15 Julai 1966. Tujuan tabung pendidikan ini diadakan adalah bagi membantu pelajar-pelajar Melayu pada peringkat pengajian tinggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
STAMP ACT | Stamp Act (Akta Setem). Parlimen British meluluskan Stamp Act pada bulan Mac 1765. Tujuan diadakan akta ini adalah untuk mendapatkan dana bagi menyokong tentera British yang berpangkalan di Amerika Utara. Akta itu menetapkan bahawa orang Amerika mesti membeli setem untuk urusan surat perjanjian, pinjaman perumahan, lesen minuman keras, lesen undang-undang, bermain terup, dan almanak. Bahkan pemilik akhbar dan penerbit terpaksa membeli setem untuk penerbitan mereka. | UMUM | |
ACT OF UNION | Act of Union (Akta Kesatuan) menggabungkan parlimen yang berasingan menjadi satu Parlimen United Kingdom di Westminster, London. Akta pertama berhubung dengan Parlimen Scotland dikuatkuasakan pada tahun 1707. Akta kedua berhubung dengan Ireland berkuat kuasa pada tahun 1801. | UMUM | |