SULTAN ISMAIL PETRA | Sultan Ismail Petra (1949– ) ialah Sultan Kelantan yang ke-28. Baginda merupakan putera tunggal Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Berikutan kemangkatan ayahandanya pada 29 Mac, 1979, di Istana Negara, Kuala Lumpur, baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-12 pada 30 Mac 1980 di Istana Bali, Kota Bharu. | UMUM | |
SULTAN AHMAD SHAH | Sultan Ahmad Shah (1930– ) ialah Sultan Pahang Darul Makmur yang kelima (1974– ). Gelaran penuh baginda ialah Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muadzam Shah. | UMUM | |
YAMTUAN ANTAH | YAMTUAN ANTAH ( ? -1887), Yamtuan Negeri Sembilan (1876-1887). Nama penuh baginda ialah Tunku Laksamana Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda pernah memakai gelaran Alwatak birabbi-ghapur Yamtuan Tunku Antah Seri Menanti ibn Almarhum Yamtuan Raja Radin @ Almalikulmanan al-Sultan Tunku Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda ialah putera Yamtuan Radin dan cucu kepada Raja Lenggang (raja yang terakhir dijemput dari Minangkabau untuk dirajakan di Negeri Sembilan). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
RENCANA MELAYU | RENCANA MELAYU, buku tatabahasa Melayu karya Raja Haji Muhammad Tahir ibni Almarhum Mursyid, dari Riau. Buku ini siap diltulis pada 24 April 1915 (1 Jamadilakhir 1333 H.). Buku ini hanya dicetak dan diterbitkan pada 12 Mei 1928 (20 Zulkaedah 1346 H.) oleh Maktabah Wa-Matbaah al-Ahmadiah, Singapura. Buku ini mengandungi 35 halaman dan menggunakan tulisan Jawi. | BAHASA | Karya |
ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK | ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK, upacara menabalkan Sultan Perak yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Upacara dimulai dengan istiadat mengangkat sumpah di hadapan jenazah almarhum sultan sebelum jenazah dimakamkan. Walau bagaimanapun, istiadat pertabalan yang lain boleh dan biasanya diadakan beberapa bulan atau setahun kemudiannya. | BUDAYA | Konsep |
DARUL ARQAM | DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ‘ikhwan’ (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
RAJA HAJI | RAJA HAJI (1730-an-1784), Yang Dipertuan Muda Riau yang keempat (1777-1784). Raja Haji juga dikenal sebagai Engku Kelana, Pangeran Suta Wijaya dan Almarhum Mangkat di Teluk Ketapang. Raja Haji adalah anak Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau yang Kedua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ISTANA MAIMOON | ISTANA MAIMOON, istana milik Sultan Mahmud al-Rashid Perkasa Alam Syah (Sultan Deli), terletak di jalan Brigadir Jeneral Katamso, Medan, Sumatera Utara. Istana yang didirikan pada tahun 1869 diberi nama Maimoon sempena nama almarhum isterinya, Maimunah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
SYED HAMZAH JAMALULLAIL | SYED HAMZAH JAMALULLAIL (1895-1958), Raja Perlis yang kelima (1943-1945). Baginda ialah putera ketiga almarhum Syed Saffi Jamalullail (1897-1905). Baginda memerintah negeri Perlis pada masa pendudukan Jepun. Baginda dilantik sebagai Raja Perlis pada 2 Februari 1943, selepas kemangkatan Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1945). Syed Hamzah Jamalullail diiktiraf sebagai waris takhta kerajaan negeri Perlis oleh pihak berkuasa tentera Jepun. Syed Mahmud Jamalullail kakanda baginda, dan putera Syed Mahmud yang bernama Syed Hassan Jamalullail telah meninggal dunia sebelum kemangkatan Raja Syed Alwi Jamalullail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDUL AZIZ AL-MU'TASIM BILLAH SYAH | SULTAN ABDUL AZIZ AL-MU’TASIM BILLAH SYAH (1887 – 1948), Sultan Perak yang ke-31 (1938 – 1948). Baginda diputerakan pada 14 November 1887 di Kampung Bandar, Teluk Intan, Perak. Nama sebenar baginda ialah Raja Abdul Aziz Ibni Almarhum Raja Muda. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Teluk Intan dan Central School Taiping. Kemudian baginda belajar di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |