Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n the United States of America, Amerika. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata America


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZURAYQ, QASTANTIN QAYSAR

Zurayq, Qastantin Qaysar (? –1901) ialah

diplomat Syria yang pernah berkhidmat dalam

bidang akademik di University of America, Beirut.

Dia pernah belajar di universiti berkenaan pada

peringkat ijazah pertama dan menamatkan

pengajian ketika berusia 19 tahun. Kemudian, dia

menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi di Amerika Syarikat dan akhirnya kembali

berkhidmat di University of America, Beirut

sebagai Naib Canselor.

UMUM 
SEQUOYAH

Sequoyah (1760?–1843) ialah lelaki kaum Asli

Amerika Cherokee yang mencipta satu sistem

tulisan untuk bahasa Cherokee. Dia dikenali

sebagai Cadmus of America (lihat Cadmus ). Pokok

sekuoia raksasa dan Taman Negara Sekuoia di

California, Amerika Syarikat, telah dinamakan

sempena namanya. Namanya sering dieja sebagai

Sequoya.

UMUM 
MORISON, SAMUEL ELIOT

Morison, Samuel Eliot (1887–1976) ialah ahli

sejarah Amerika, guru sejarah, dan pemenang dua

Hadiah Pulitzer. Bukunya Admiral of the Ocean

Sea, tentang riwayat hidup Columbus,

memenangi hadiah tersebut pada tahun 1943, dan

bukunya John Paul Jones menerima hadiah pada

tahun 1960. Buku-bukunya yang lain termasuklah

History of United States Naval Operations in

World War II yang ditulis dalam 15 jilid (1947–

1962), The Intellectual Life of Colonial New

England (1960), One Boy’s Boston (1962), The

Oxford History of the American People (1965), The

European Discovery of America: The Northern

Voyages (1971) dan The European Discovery of

America: The Southern Voyages (1974).

UMUM 
SUNGAI HUDSON

Sungai Hudson ialah salah satu jalan air

perdagangan yang terpenting di Amerika Syarikat.

Pelabuhan New York City terletak di muara sungai

ini. Pada tahun 1609, Henry Hudson menjadi orang

kulit putih pertama menjelajah sungai ini dan sungai

ini diberi nama bersempena dengan namanya.

Sungai Hudson kadangkala dikenali sebagai Rhine

of America kerana sebahagian tebingnya yang

cantik menyerupai tebing Sungai Rhine di negara

Jerman. Sungai Hudson ini memainkan peranan

yang penting dalam sejarah Amerika Syarikat.

UMUM 
SANGER, MARGARET

Sanger, Margaret (1883–1966) ialah pemimpin

wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika

Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu

penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di

Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang.

Sanger percaya bahawa orang perempuan

sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan

sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai

persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang

perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang

tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan

yang kemudiannya menjadi Persekutuan

Keibubapaan Terancang Amerika (Planned

Parenthood Federation of America), iaitu organisasi

kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger

mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya

diken ali sebagai keibuan sukarela .

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat ialah negara yang ketiga

terbesar di dunia dari segi jumlah penduduk dan

yang keempat terbesar dari segi luas kawasan.

Hanya China dan India mempunyai jumlah

penduduk yang lebih ramai daripada Amerika

Syarikat. Hanya Rusia, Kanada dan China mempunyai

kawasan yang lebih luas daripada Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat meliputi keseluruhan bahagian

tengah Amerika Utara. Negara ini bermula dari

Lautan Atlantik di timur hingga ke Lautan Pasifik di

barat. Amerika Syarikat termasuklah Alaska yang

terletak di barat laut Amerika Utara, dan Hawaii yang

terletak jauh di Lautan Pasifik. Dalam bahasa

Inggeris, Amerika Syarikat sering dikenali sebagai

U.S ., U.S.A ., atau America .

UMUM 

Kembali ke atas