| XHOSA | Xhosa ialah orang kulit hitam yang nenek moyang mereka berpindah ke selatan Afrika. Lebih separuh daripada anggaran lima juta orang Xhosa tinggal di tenggara Afrika Selatan. | UMUM | |
| KABEL | Kabel ialah unit ukuran nautika. Ia biasanya dikenali sebagai panjang kabel kerana pada masa dahulu, ia merupakan anggaran ukuran panjang kapal atau rantai sauh. | UMUM | |
| JIKEIDAN | JIKEIDAN, pasukan pertahanan awam yang ditubuhkan oleh Pentadbiran Tentera Jepun. Pasukan ini ditubuhkan pada awal tahun 1942. Jikeidan ditubuhkan di semua negeri Tanah Melayu. Jumlah Jikeidan dan bilangan ahlinya tidak dapat dipastikan. Mengikut satu anggaran, di Singapura sahaja pada tahun 1943, terdapat sekitar 80 000 orang yang menjadi anggota Jikeidan dan mereka dipecahkan kepada 55 bahagian. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |