| PIAGAM JAKARTA | PIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| PERLEMBAGAAN CLARENDON | Perlembagaan Clarendon merupakan usaha awal, di England, untuk menetapkan garis sempadan antara hak Gereja dengan bidang kuasa Raja. | UMUM | |
| PERANG SALIB | Perang Salib ialah nama sempena serangan askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14 M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari segi geografi yang menyambungkan di antara timur dengan barat, dan keinginan menguasai tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga bertujuan menyekat usaha pembukaan negara- negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain. Mereka telah menyusun tentera yang datang dari Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan 1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan peningkatan kekuatan senjata. | UMUM | |
| MOTOSIKAL | Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah antara roda depan dan roda belakang. Motosikal mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia menggunakan motosikal sebagai pengangkutan atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal trafik kerana kenderaan tersebut boleh dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan bomba menggunakan motosikal untuk membawa kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di bandar-bandar besar di United Kingdom dan di tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk menghantar dokumen dan bungkusan kecil. | UMUM | |
| CITRA | Citra, rancangan Radio Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang disiarkan di Radio 1. Rancangan ini merupakan suatu usaha kerjasama antara DBP dengan RTM. | BAHASA | Kegiatan |
| PERES, SHIMON | Peres, Shimon (1923– ), berkhidmat sebagai perdana menteri Israel dari bulan September 1984 hingga Oktober 1986 dan dari bulan November 1995 hingga Januari 1996. Pada tahun 1993, dia dilantik sebagai menteri luar di bawah pemerintahan perdana menteri Yitzhak Rabin. Dia memainkan peranan penting dalam usaha mencapai kedamaian antara Israel dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Peres, Rabin, dan ketua PLO, Yasir Arafat, berkongsi Hadiah Nobel Keamanan 1994 kerana usaha mereka untuk mewujudkan keamanan di Timur Tengah. | UMUM | |
| SAYAP KELIMA | Sayap kelima merujuk kepada ejen pengintipan yang beroperasi di kalangan pihak musuh untuk melemahkan perjuangannya. Ejen ini membuka jalan bagi serangan tentera atau politik. Ejen ini bekerja dalam tentera, parti politik, atau industri. Antara aktivitinya termasuk pengintipan, sabotaj, subversif ekonomi, propaganda, penghasutan, penyeludupan, pembunuhan, keganasan dan pemberontakan. Istilah sayap kelima pertama kali digunakan semasa Perang Saudara Sepanyol (1936–1939) untuk memerikan usaha pengikut Francisco Franco, di Loyalist Madrid. Emilio Mola, jeneral Franco, berkata, “Saya mempunyai sayap keempat yang bergerak melawan Madrid, dan sayap kelima akan bangkit dalam kota itu sendiri”. | UMUM | |
| USNO | USNO, parti politik. USNO ialah singkatan United Sabah National Organisation. Parti ini ditubuhkan pada 23 Disember 1961 hasil gabungan beberapa persatuan di Sabah. Antara persatuan yang bergabung membentuk USNO ialah Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri Sandakan. Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah. Antara pengasasnya ialah Dato’ Haji Zakaria Gun, Dato’ Ahmad Mahmud, Haji Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Dato’ Haji Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Dato’ Othman Haji Sidik dan Datu K.M. Edinin. Semenjak penubuhannya USNO diterajui oleh Datu Mustapha. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| PERJANJIAN SULU | PERJANJIAN SULU (1761), perjanjian yang ditandatangani antara Sultan Bantian dengan Dalrymple, wakil Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) di Madras, India. Perjanjian persahabatan dan perdagangan ini adalah sebahagian daripada usaha peluasan kuasa British di Alam Melayu, khususnya di Kepulauan Sulu dan Sabah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
| PERJANJIAN RENVILLE | PERJANJIAN RENVILLE (1948), perjanjian antara Indonesia dengan Belanda. Perjanjian ini dimeterai apabila Perjanjian Linggarjati dicabuli oleh tentera Belanda. Usaha gencatan senjata dalam konflik Indonesia-Belanda telah sampai ke pengetahuan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam salah satu resolusinya, Majlis Keselamatan telah memerintah kedua-dua belah pihak mengadakan gencatan senjata di bawah pengawasan Komisi Jasa Baik PBB yang terdiri daripada tiga negara yang dipilih oleh negara yang bersengketa. Indonesia telah memilih Australia sementara Belanda memilih Belgium, dan kedua-dua negara tersebut memilih Amerika Syarikat sebagai anggota ketiga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |