ANTARTIKA | Antartika ialah benua yang ditimbusi oleh ais yang merangkumi dan mengelilingi Kutub Selatan. Kawasan bumi yang hampir kontang ini paling sejuk dan diliputi ais yang paling tebal di dunia. Kawasan ini lebih sejuk sedikit daripada kawasan di sekitar Kutub Utara. Kutub Utara terletak di Lautan Artik. Tetapi Kutub Selatan terletak di tengah-tengah benua Antartika, di atas penara yang sentiasa berangin yang kekal dilitup ais dan salji. | UMUM | |
ENDERBY LAND | Enderby Land ialah kawasan yang terletak di pinggir Antartika. Daerah ini meliputi kawasan dari Teluk Ice hingga ke Teluk Edward VIII. Untuk lokasi, lihat Antartika (peta). | UMUM | |
ANTARTIK | Antartik lihat Antartika. | UMUM | |
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE | Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912) ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu pada tahun 1910 dan pada tahun 1912 menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang, dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli lain. Dengan semangat kepahlawanan yang sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga menemui maut dalam ribut salji. Semasa meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu keluar; mungkin agak lama.” Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir, dan India. | UMUM | |
MAWSON, SIR DOUGLAS | Mawson, Sir Douglas (1882–1958), ahli geologi Australia dan penjelajah Antartika. Gambarnya terpampang pada wang kertas 100 dolar Australia. | UMUM | |
KUTUB SELATAN | Kutub Selatan ialah istilah yang digunakan untuk beberapa titik permukaan tidak kelihatan di kawasan Antartika. Yang paling terkenal ialah kutub geografi selatan. Tetapi Kutub Selatan penting yang lain termasuk kutub selatan seketika, kutub selatan imbangan, kutub selatan magnet, dan kutub selatan geomagnet. | UMUM | |
PUYUH | Puyuh ialah sejenis burung kecil yang serumpun dengan famili kuang bayas, ayam hutan, grouse, ayam belanda, dan ayam mutiara. Burung ini hidup di padang rumput, belukar dan kawasan paya di setiap benua, kecuali Antartika. Terdapat sebanyak 45 spesies burung puyuh. Burung ini selalunya diburu untuk dimakan. | UMUM | |
SHACKLETON, SIR ERNEST HENRY | Shackleton, Sir Ernest Henry (1874–1922), penjelajah Ireland yang mengetuai satu ekspedisi British dari Laut Ross dalam kawasan 180 kilometer ke kutub geografi selatan pada tahun 1908 (lihat Antartika [Penjelajahan awal]). Pada tahun 1914, dia mengetuai satu ekspedisi ke Laut Weddell. Di sana kapalnya, Endurance , karam setelah terlanggar ketulan ais. Kumpulannya menyelamatkan diri dengan menaiki bot ke Pulau Elephant. Kemudian Shackleton dan empat temannya meneruskan perjalanan ke Pulau Georgia Selatan menggunakan bot dan menyeberangi rabung pergunungan pulau itu untuk mendapatkan bantuan penyelamat. Hasilnya, seluruh pasukannya berjaya diselamatkan. Shackleton lahir di Kaunti Kildare. | UMUM | |
BYRD, RICHARD EVELYN | Byrd, Richard Evelyn (1888–1957) ialah laksamana muda, penjelajah Antartik dan Artik, juruterbang, dan ahli pelayaran Amerika. Dari tahun 1928 hingga tahun 1957, dia melakukan usaha yang lebih daripada orang lain untuk mengarahkan penjelajahan benua Antartika yang beku dan suram. | UMUM | |
PUCUNG | Pucung ialah mana-mana satu daripada 60 spesies burung randuk, yang termasuk burung helang dan bittern. Pucung adalah burung yang cantik, paruhnya panjang dan runcing. Burung ini mempunyai kepala yang tirus, leher yang panjang, dan kaki yang panjang. Sesetengah burung pucung mempunyai jambul yang panjang dan berbulu pada leher dan badannya. Burung pucung tinggal di semua benua kecuali Antartika.. | UMUM | |