Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Antigua dan Barbuda


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTIGUA DAN BARBUDA

Antigua dan Barbuda ialah negara pulau yang

merdeka di Laut Caribbean. Ia terdiri daripada

pulau-pulau Antigua, Barbuda, dan Redonda.

Kumpulan pulau ini terletak di Antilles Kecil di

Hindia Barat. Ia terletak kira-kira 48 kilometer di

utara Guadeloupe, 400 kilometer di tenggara

Puerto Rico, dan 700 kilometer di utara Venezeula .

Ibu negara Antigua ialah St. Johns dan ibu negara

Barbuda ialah Codrington. Redonda ialah pulau

yang berbatu-batu dan tidak didiami penduduk.

Antigua and Barbuda ialah tempat lahir

beberapa orang pemain kriket berbakat,

terutamanya bekas kapten pasukan – Hindia Barat

dan pemukul bola yang terkenal, Viv Richards (lihat

Richards, Viv ).

UMUM 
AMERIKA BRITISH

Amerika British, merujuk kepada bahagian

utara dan selatan Amerika yang mempunyai

hubungan politik dengan United Kingdom (UK).

Sesetengahnya ialah negeri naungan UK, seperti

Anguilla, Bermuda, Kepulauan Virgin British,

Pulau Cayman, Kepulauan Falkland, Montserrat,

dan Kepulauan Turks dan Caicos. Banyak negara

merdeka yang menjadi sebahagian daripada

Amerika British. Negara-negara seperti ini

termasuklah Antigua dan Barbuda, Bahamas,

Barbados, Belize, Kanada, Dominica, Grenada,

Guyana, Jamaica, St. Christopher dan Nevis; St.

Lucia, St. Vincent dan Grenadines, dan Trinidad

dan Tobago. Kebanyakan unit politik Amerika

British ialah anggota Negara-negara Komanwel.

UMUM 
SAINT JOHN'S

Saint John’s ialah ibu negara pulau Antigua dan

Barbuda. Bandar ini terletak di penjuru barat laut

Antigua. Penduduknya berjumlah 36 000 orang,

kira-kira separuh penduduk kepulauan tersebut.

Pelabuhannya digunakan oleh kapal persiaran dan

pengangkutan kargo. Pelabuhan air dalam yang

utama mempunyai selat sepanjang 2438 meter dan

selebar 91 meter.

UMUM 
MONTSERRAT

Montserrat ialah wilayah tanggungan United

Kingdom (UK) di Laut Caribbean. Ia merupakan salah

sebuah daripada Kepulauan Leeward di Hindia

Barat. Negara-negara jiran Montserrat ialah Antigua

dan Barbuda di timur laut, Guadeloupe di tenggara,

dan St. Christopher dan Nevis di barat laut. Ibu

wilayah Montserrat ialah Plymouth yang terletak di

pesisiran pantai barat.

UMUM 
SAINT KITTS DAN NEVIS

Saint Kitts dan Nevis ialah negara pulau yang

merdeka di Laut Caribbean. Wilayahnya terdiri

daripada dua buah pulau, iaitu St. Kitts (juga

dikenali sebagai St. Christopher) dan Nevis. Ia

terletak 72 kilometer di barat laut Antigua dan

Barbuda di Pulau Leeward, iaitu sebahagian

daripada kumpulan Antilles Kecil Hindia Barat.

Wilayah ini mempunyai kawasan seluas 261

kilometer persegi. Nevis yang terletak kira-kira tiga

kilometer di tenggara St. Kitts, mempunyai

kawasan seluas 93 kilometer persegi. Ibu negara

rasminya, Basseterre (pend. 14 725), terletak di

selatan pantai St. Kitts. Charlestown ialah ibu

negeri Nevis. Dolar Caribbean Timur merupakan

mata wang asasnya.

UMUM 

Kembali ke atas