Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[aus.tro.né.sia] | اءوسترونيسيا

Definisi : (austronésia) semua pulau yg ter­letak di Lautan Pasifik Selatan dan Tengah, termasuk Irian, Polinesia, Melanesia, Australia, dan New Zealand: bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa ~ yg terdiri drpd lebih kurang 4000 bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Austronesia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA DAN RUMPUN BAHASA MELAYU

KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA DAN RUMPUN BAHASA MELAYU, keluarga bahasa yang bersebar luas di pulau-pulau selatan (Austronesia) dari pantai timur Afrika (Madagaskar) hingga ke pantai barat Chile (Pulau Paskah), dan di bahagian utara dari Kepulauan Hawaii hingga ke New Zealand di bahagian selatan.

BAHASABahasa
MEKEOS

Mekeos ialah orang Austronesia yang tinggal di

pedalaman bahagian tengah Sungai Angabunga,

lebih kurang 150 kilometer di barat laut Port

Moresby, di Papua New Guinea.

UMUM 
BAHASA MELAYU TUTONG

BAHASA MELAYU TUTONG, bahasa Melayu yang termasuk dalam kelompok bahasa Austronesia yang dituturkan di Negara Brunei darussalam. Bahasa Melayu Tutong (BT) dituturkan oleh puak Tutong (salah satu puak jati di Brunei) yang majoritinya tinggal di daerah Tutong.

BAHASAKonsep
BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG

BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG, bahasa yang dituturkan oleh Orang Asli di Semenanjung. Bahasa ini terbahagi kepada dua kelompok besar. Dalam kelompok pertama digolongkan bahasa-bahasa Orang Temuan, Orang Hulu (Jakun, Orang Kanak dan Orang Seletar, yang semuanya berbahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa suku-suku itu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia, seperti semua dialek Melayu. Tetapi selain Orang Asli yang diklasifikasikan dalam Rumpun Austronesia tersebut, terdapat puluhan ribu Orang Asli yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASABahasa
BRANDES, J.L.A

BRANDES, J.L.A.  (1857-1905), pengkaji bahasa Austronesia. Nama sebenarnya ialah Jan Laurens Andries Brandes.  Dia berasal dari Belanda.  Dia banyak menghasilkan penulisan dalam bidang filologi, bahasa Melayu dan kesusasteraan Jawa kuno dan moden.  Disertasi untuk ijazah Doktor Falsafah yang berjudul “Perbandingan Tatabunyi antara Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Bahagian Barat” yang disiapkan pada tahun 1884 di Utretch, merupakan kesinambungan daripada hukum bunyi yang dikaji dan dikemukakan oleh Van der Tuck.

BAHASATokoh
MELAYUMELAYU, nama khas bagi satu kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu ataupun nama am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia).  Sebagai nama khas, kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wilayah Semenanjung Tahan Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka di seluruh dunia.  Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu.  Sebagai kelompok am, bangsa Melayu terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang juga menjadi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa-bahasa rumpun Melayu.  Mereka terdiri daripada semua suku bangsa di seluruh Alam Melayu-dari Filipina hingga ke Irian, Sumatera dan Kemboja.  Dalam pengertian yang lebih luas, Melayu merangkumi semua penutur bahasa Melayu dalam kelompok Bahasa Melayu-PolinesiaBUDAYABangsa/Suku/Kaum
BALAI

BALAI, tempat ketua-ketua masyarakat bermesyuarat, atau tempat upacara-upacara adat dilakukan. Balai sudah digunakan sejak zaman masyarakat penutur-penutur bahasa Proto Austronesia. Pada zaman terawal kerajaan Sriwijaya, balai mula mempunyai sejarah perkembangannya. Ini disebabkan adanya perubahan kepimpinan yang melibatkan penubuhan institusi beraja hasil daripada pertembungan kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Hindu.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
BAHASA-BAHASA SARAWAK

BAHASA-BAHASA SARAWAK, bahasa-bahasa bumiputera yang ada di Sarawak yang tergolong dalam keluarga Indonesia daripada rumpun Austronesia. Di samping itu, terdapat bahasa-bahasa yang tidak boleh dimasukkan ke dalam keluarga berkenaan kerana bahasa-bahasa itu berasal daripada rumpun yang berlainan. Misalnya bahasa Cina dengan berbagai-bagai dialeknya, dan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua penting di Malaysia.

BAHASABahasa
MAKIAN

MAKIAN, salah satu daripada lima buah pulau rempah di utara Maluku, bahagian timur Indonesia. Nama asalnya ialah Waikiung. Sebahagian daripada penduduk pulau ini ialah rumpun Austronesia. Makian ialah pulau kecil yang dipenuhi beberapa gunung berapi yang masih aktif. Sejak beberapa abad, penduduk pulau ini terpaksa menetap di Pulau Halmahera yang berdekatan untuk mengelakkan lahar gunung berapi. Walaupun ada penduduk yang kembali semula menetap di Pulau Makian, tetapi kebanyakannya terus tinggal di Halmahera.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BAHASA MELAYU POLINESIA

BAHASA MELAYU POLINESIA, salah satu keluarga bahasa yang terbesar di dunia, dari segi jumlah dan juga wilayah sebarannya. Nama lain yang kini luas digunakan untuk keluarga bahasa ini ialah Austronesia (Pulau-pulau Selatan – tetapi istilah ini pun tidak begitu tepat, kerana sebahagian bahasa itu dekat dengan Khatulistiwa (di utara), manakala sebahagian yang lain di benua Asia Tenggara).

BAHASAKonsep
12

Kembali ke atas