<b>Muqtadiyb> bi Amri Allah, al- (448 H.–487 H./ 1056 M.–1094 M.), khalifah kerajaan Bani Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn Muhammad al-Qa’im bi Amri Allah ibn al- Muqtadir. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad. Datuknya, al-Qa’im bi Amri Allah menjanjikan jawatan khalifah kepadanya dan dia bergelar al- Muqtadiy. Al-Muqtadiy bi Amri Allah dilantik sebagai khalifah selepas kematian datuknya pada tahun 467 H./1074 M. ketika berumur 18 tahun. Dia berusaha memulihkan keadaan kota Baghdad dengan mengeluarkan perintah agar dihapuskan penyanyi serta perosak negara, melarang pengurungan burung, melarang pembuangan air mandi ke Sungai Dajlah dan menggalakkan rakyatnya menggali telaga untuk mendapatkan air. Dia juga melarang percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan dalam mempamerkan kecantikan. Al-Muqtadiy bi Amri Allah juga meminati sastera dan syair. Zaman pemerintahannya aman dan makmur. Dia meninggal dunia secara mengejut di Baghdad. |