L | L<b>b> ialah huruf ke-12 dalam abjad Inggeris | UMUM | Umum |
BRANDES, J.L.A | <B>BRANDES, J.L.A. B> (1857-1905), pengkaji bahasa Austronesia. Nama sebenarnya ialah Jan Laurens Andries Brandes. Dia berasal dari Belanda. Dia banyak menghasilkan penulisan dalam bidang filologi, bahasa Melayu dan kesusasteraan Jawa kuno dan moden. Disertasi untuk ijazah Doktor Falsafah yang berjudul “Perbandingan Tatabunyi antara Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Bahagian Barat” yang disiapkan pada tahun 1884 di Utretch, merupakan kesinambungan daripada hukum bunyi yang dikaji dan dikemukakan oleh Van der Tuck. | BAHASA | Tokoh |
PENGAJIAN MELAYU DI RUSIA | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">PENGAJIAN Melayu DI RUSIAB><B style="mso-bidi-font-weight: normal">, B>pusat pengajian bahasa Melayu. Pembelajaran bahasa Melayu/Indonesia dimulai di Univesiti Soviet selepas Perang Dunia Kedua (1945) dan di Institut Ketenteraan Bahasa Asing (Moscow). Semenjak tahun 1948, pengajaran bahasa ditempatkan di Institut Ketimuran Moscow. Pelopor pengajaran bahasa Melayu di Moscow ialah L. Mervart yang dibantu oleh dua orang Indonesia iaitu Muso dan Semaoen, yang pernah menghasilkan sebuah novel dalam bahasa Melayu berjudul Hikayat Kadirun. Pengajaran bahasa Melayu/Indonesia sehingga kini diteruskan di Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow (yang merangkumi Institut Ketimuran Moscow pada tahun 1954) dan di Institut Bahasa Timur (kini Institut Negara-Negara Asia dan Afrika) di bawah Universiti Moscow. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PENGAJIAN MELAYU DI ITALI | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">PENGAJIAN Melayu DI ITALIB><B style="mso-bidi-font-weight: normal">, B>pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Itali ditubuhkan pada tahun 1964, oleh seorang orientalis Itali yang terkemuka, Y. Bhg. Prof. Allesandro Bausani, di Instituto Universitario Orientale di Napoli, sebuah universiti yang khusus mengendalikan kursus bahasa dan budaya Asia dan Afrika. Universiti itu juga merupakan satu-satunya universiti yang mengajar kursus bahasa dan sastera Melayu-Indonesia. Pengajaran ini dikendalikannya sendiri sejak tahun 1964 hingga tahun 1969. setelah itu, kursus ini dikendalikan oleh Y. Bhg. Prof. L. Santa Maria sejak tahun 1969 hingga kini. Minat orang Itali terhadap bahasa Melayu sebenarnya bermula pada abad ke-16, iaitu ketika Antonio Pigafetta, seorang mualim kapal, mengelilingi dunia bersama-sama kapten kapal Portugis, Fernao de Magalhaes. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
KLANG | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">KLANG B>salah sebuah petempatan lama di Semenanjung Tanah Melayu. Asal usul nama Kelang berkait rapat dengan kedudukan Kelang sebagai pelabuhan dan tempat persinggahan para pedagang dan perantau. Berbagai-bagai nama dapat dikesan seperti Clang, Clan, Callangh, Calangh, Callang dan lain-lain. Pada masa ke-15 dan abad ke-16, khususnya dalam hikayat-hikayat Melayu, ada menyebut tentang nama Raden Kelang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BAKAU | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">BAKAUB> (Rhizophora L.), sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan pantai berlumpur di negara Tropika dan separa Tropika. Di Malaysia, terdapat dua spesies bakau iaitu R. mucronata (bakau kurap, belukap) dan R. conjugata L. (bakau minyak, bakau tanduk, akik). | BUDAYA | Flora dan Fauna |
BAIT | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">BAITB>, rangkap dalam puisi. Kata bait itu sendiri adalah dari bahasa Arab ‘bayt’ yang bermakna rumah atau khemah. Satu rangkap puisi Arab dikatakan sebuah bait iaitu terdiri daripada dua ‘misra’, dua kerat atau dua larik, atau satu kuplet daripada keseluruhan sebuah puisi. Bait-bait puisi itu pula hendaklah sesuai dengan kaedah, susunan atau aspek-aspek estetika puisi tersebut. Dalam puisi Melayu tradisional, bait ialah suatu rangkap puisi Arab atau Parsi yang diturunkan dalam bahasa asalnya serta diberikan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Misalnya: Dalam Sejarah Melayu edisi Shellabear (1975), pada kisah Tun Teja dengan perempuan tua pelulut, diberikan suatu bait puisi Arab: La ta’mananna ‘ajuzatan tadkhulu fi’l-khba’i\Hal ta’mananu asadan ma’a’l-aghnami. | SASTERA | Konsep |
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAANB>, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KAMPUNG DATUK KERAMAT | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">KAMPUNG DATUK KERAMATB>, kawasan petempatan yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Kampung ini dibuka pada sekitar awal tahun 1960-an. Kampung ini diletakkan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (D.B.K.L.). Kampung Datuk Keramat mempunyai keluasan 90 hektar persegi. Kampung ini dikelilingi oleh Padang Tembak di utara, Wangsa Maju di timur, Ampang di Selatan dan Bandaraya Kuala Lumpur di barat. Jumlah penduduknya lebih kurang 20 000 orang. Sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KELAPA | <B style="mso-bidi-font-weight: normal">KelapaB> ialah tumbuhan jenis palma yang tumbuh di kawasan tropika atau tropika sederhana. Nama saintifiknya ialah Cocos nucifera L. dan tergolong dalam famili Arecaceae. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |