| NAGPUR | Nagpur (pend. 1 617 951) ialah bandar India dalam negeri Maharashtra. Bandar ini bergilir-gilir dengan Mumbai mewakili kerusi dalam badan perundangan negeri. Bandar ini terletak di Sungai Nag. Untuk lokasi, lihat India (peta politik). | UMUM | |
| DEWAN BURGESS | Dewan Burgess ialah sebuah badan perwakilan perundangan yang pertama di Amerika dan mana-mana tanah di jajahan Inggeris. Ia bersidang buat kali pertamanya di Jamestown, dahulunya ibu negeri Virginia, pada 30 Julai 1619. Gabenor Sir George Yeardley mengadakan mesyuarat tersebut, dan disertai oleh dua warganegara atau burgess dari setiap 11 borough (subbahagian) Virginia. | UMUM | |