KUALA KANGSAR | Kuala Kangsar, bandar diraja negeri Perak. Kuala Kangsar menjadi bandar diraja negeri Perak semenjak tahun 1742, apabila Kuala Kangsar menjadi pusat pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III. | UMUM | |
ARAU | Bandar diraja negeri Perlis yang terletak di selatan negeri tersebut, merupakan bandar kedua terbesar selepas Kangar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SELANGOR | Selangor (pend. 2 289 236) ialah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, keluasannya 8200 kilometer persegi, berada di antara garisan lintang 3 ° 40’ dan 2 ° 30’ utara. Ibu negerinya Shah Alam sementara bandar diraja ialah Kelang yang terletak di bahagian barat negeri itu. Shah Alam menjadi ibu negeri Selangor dan pusat pentadbiran pada tahun 1980 setelah mengalami perubahan pesat baik dari segi infrastruktur mahupun kependudukan. Ini disebabkan kawasan Shah Alam lebih luas dan mempunyai perancangan bandar moden yang lebih sistematik. Shah Alam semakin berkembang dengan mempunyai beberapa buah hotel mewah dan kawasan perindustrian dan pelancongan. | UMUM | |
PAHANG | Pahang (pend. 1 350 200), negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Keluasannya ialah 35 965 kilometer persegi. Pahang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Johor di sebelah selatan, Selangor dan Perak di sebelah barat, dan Terengganu di sebelah utara. Manakala di sebelah timurnya ialah Laut China Selatan. Ibu negeri Pahang ialah Kuantan. Pekan ialah bandar diraja. Sungai Pahang merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. | UMUM | |
DIALEK MELAYU DI PULAU SAYONG | DIALEK MELAYU DI PULAU SAYONG, satu ragam dialek Melayu yang mempunyai ciri linguistik tersendiri yang dituturkan di Mukim Sayong, dan beberapa kawasan lain di sekitar daerah Kuala Kangsar, Perak. Mukim Sayong ini terletak berhampiran Sungai Perak, dan di mukim inilah terletaknya bandar diraja Kuala Kangsar. Oleh sebab nama Kuala Kangsar itu lebih dikenal umum, maka sejak kebelakangan ini, nama dialek Melayu Kuala Kangsar lebih sering digunakan untuk merujuk ragam dialek Melayu yang dituturkan di kawasan ini berbanding penggunaan nama dialek Melayu Pulau Sayong (DMPS). | BAHASA | Bahasa |
BUKIT CHANDAN | BUKIT CHANDAN, bandar diraja Perak. Bandar ini terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak, merupakan kawasan kediaman Sultan Perak sejak abad ke-19. Apabila Sultan Idris Mursyidul Azam Syah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-28 pada tahun 1887, baginda memilih puncak bukit ini menjadi tempat baginda bersemayam. Bukit Chandan terus menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Melayu Perak hingga ke hari ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SERI MENANTI | SERI MENANTI, bandar diraja dan tempat bersemayam Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Seri Menanti adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebelum Negeri Sembilan bernama ‘Negeri Sembilan’, ia adalah sebuah daerah atau luak dari negeri Johor yang terkandung di dalamnya beberapa buah luak. Luak-luak ini diperintah oleh penghulu luak yang dibantu oleh datuk lembaga dan buapak. Semua penghulu luak mendapat mandat atau kuasa daripada Sultan Johor. Pada masa itu, Seri Menanti termasuk dalam luak Johol dan sebahagian lagi dalam luak Muar yang mengandungi beberapa buah kampung di sekeliling Istana Besar Seri Menanti sekarang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DATUK BANDAR | Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada pengerusi majlis borough tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan tempatan yang telah dikurniakan status borough oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar. | UMUM | |
SANDRINGHAM | Sandringham ialah estet luar bandar yang digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut King’s Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII, yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya keluarga diraja tidak berada di sana. | UMUM | |
MYCENAE | Mycenae ialah bandar di Greece purba yang terletak 10 kilometer ke utara Argos di bahagian selatan semenanjung. Ahli arkeologi Jerman, Heinrich Schliemann menemui lima tanah perkuburan diraja di Mycenae pada tahun 1876. Penemuan ini telah memulakan penyelidikan tentang Zaman Gangsa di tanah besar Greece. Kubur-kubur yang dikenali sebagai Perkuburan Shaft , mengandungi permata, senjata-senjata gangsa, dan lain-lain objek yang diperbuat daripada gangsa, emas dan perak. | UMUM | |