TAMAN TASIK | Taman yang dibina sekitar tasik buatan manusia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NEW PLYMOUTH | New Plymouth (pend. 48 519) ialah sebuah bandar di Pulau Utara, New Zealand. Bandar ini merupakan bandar utama dan pelabuhan Taranaki, yang pernah satu masa dahulu dinamai provinsi New Plymouth . New Plymouth menjadi pangkalan pengeluar gas luar pantai yang amat besar. Bandar yang terletak di bawah cerun utara Gunung Egmont ini mempunyai beberapa pantai. Taman Pukekura, adalah salah satu taman yang mempunyai pemandangan yang paling indah di New Zealand. Muzium Taranaki dan balai seni lukis terletak berhampiran pusat bandar. Gereja St. Mary, yang dibuka pada tahun 1846, merupakan salah satu gereja batu tertua di New Zealand. | UMUM | |
SANTIAGO | Santiago (pend. 4 385 481) ialah ibu negara dan bandar raya yang terbesar di Chile. Ia merupakan pusat kebudayaan, ekonomi dan pengangkutan Chile. Santiago terletak di tengah-tengah Chile, lebih kurang 144 kilometer di timur Lautan Pasifik (lihat Chile [peta politik]). Pada tahun 1500-an, harapan akan mendapat mineral ladang yang subur dan mendapan mineral yang kaya mula-mula menarik peneroka ke kawasan ini. Kini Santiago longgokan bandar yang menarik dengan ciri seni bina zaman penjajahan, jalannya yang lebar dan taman-taman di lereng bukit. | UMUM | |
TAMAN ISMAIL MARZUKI | TAMAN ISMAIL MARZUKI, kompleks Pusat Kesenian Jakarta. Kompleks ini terletak di atas tanah seluas 8.3 hektar, di Jalan Cikini Raya No. 73, Jakarta Pusat, Indonesia. Taman Ismail Marzuki (TIM) mengambil sempena nama Ismail Marzuki, seorang pencipta, penggubah dan pemuzik terkenal, berasal dari Jakarta bagi mengenang jasanya dalam dunia muzik. Gagasan penubuhan TIM dicetuskan oleh seniman Senen yang kemudian dipersetujui oleh Ali Sadikin, Gabenor DKI Jakarta Raya ketika itu. Tapak asal TIM adalah Kebun Binatang Cikini, yang kemudiannya dipindahkan ke Ragunan, Jakarta Selatan. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NICE | Nice (pend. 345 674; pend. kaw. met. 475 507) ialah bandar peranginan di French Riviera dan pelabuhan Mediterranean . Bandar ini terletak di kaki Pergunungan Alps berhampiran Itali (lihat Perancis [peta politik]). Bandar ini mempunyai jalan yang besar, hotel mewah, dan vila yang dikelilingi oleh taman. Sungai Paillon membahagikan bandar ini kepada dua bahagian, Pekan Lama di bahagian timur dan pekan moden di bahagian barat. Pergunungan Alps melindungi Nice daripada angin utara yang sejuk dan menyebabkan bandar ini mengalami musim sejuk yang sederhana. Kebanyakan penduduk bergantung kepada perdagangan pelancongan. Kebanyakan pelancong datang pada musim cuti musim sejuk antara bulan Januari hingga bulan April, atau dari bulan Julai hingga bulan September. Mardi Gras, yang menandakan kemuncak Pesta Riviera, adalah satu daripada beberapa pesta musim sejuk bandar ini (lihat Mardi Gras ). | UMUM | |
TAMAN PERTANIAN SERI CAHAYA | Pusat rujukan dan kajian dalam bidang pertanian. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TAURANGA | Tauranga (pend. 70 803) ialah bandar di Pulau Utara New Zealand. Tauranga terletak di tiga buah semenanjung di bahagian tenggara Pelabuhan Tauranga. Kawasan perniagaan bandar ini mengunjur hingga ke taman rasmi di sebelah pelabuhan. | UMUM | |
SUZHOU | Suzhou (pend. 673 308) ialah sebuah bandar purba di China, terkenal dengan terusan air, taman bunga dan bangunan pagoda. Suzhou juga dieja Su-Chou atau Soochow, terletak di dalam kawasan pertanian yang subur di wilayah Jiangsu, di antara Nanjing dan Shanghai. Lihat China (peta politik). Kilang-kilang di Suzhou mengeluarkan bahan kimia dan jentera. Pekerja kraf tangan mahir di Suzhou mengukir batu jed dan menenun sutera. | UMUM | |
PONTA DELGADA | Ponta Delgada (pend. 21 813) ialah bandar dan pelabuhan utama Azores Portugis. Kawah gunung berapi, taman, dan tasiknya membuatkan Ponta Delgada menarik. Industri penapisan gula bit merupakan industri yang terpenting di kota ini. Ponta Delgada terletak di Pulau São Miguel. Lihat juga Azores. | UMUM | |
SUVA | Suva (pend. 71 608), ibu negeri dan bandar terbesar di Fiji, sebuah negara yang terdiri daripada gugusan kepulauan berjumlah lebih 800 buah pulau di Lautan Pasifik Selatan. Bandar Suva terletak di bahagian tenggara pantai pulau Viti Levu, pulau terbesar di Fiji. Untuk lokasi, lihat Fiji (peta). Suva ialah pelabuhan utama dan pusat perdagangan terpenting Fiji. Kapal berlabuh di Suva mengambil muatan kelapa kering dan buah-buahan tropika. Kapal-kapal pelancongan juga singgah di pelabuhan ini. Kilang-kilang di Suva menapis gula, serta menghasilkan minyak kelapa, pakaian dan sabun. Muzium Fiji terletak di Taman Botani. University of the South Pacific juga terletak di Suva. Lihat juga Fiji (gambar). | UMUM | |