PANGERAN SYAHBANDAR SAHIBUL BANDAR | PANGERAN SYAHBANDAR SAHIBUL BANDAR, salah seorang ceteria dalam hierarki pemerintahan tradisi KesuItanan Brunei. Di Brunei Darussalam, pembesar negeri di bawah Sultan dan Yang Di-Pertuan digelar wazir, ceteria dan menteri. Dalam adat diraja Brunei yang menjadi warisan turun-temurun, terdapat empat orang wazir, 60 orang ceteria dan 60 orang menteri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SENJUH SURATAN | SENJUH SURATAN, buku panduan tatabahasa bahasa Melayu yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan karangan. Buku ini adalah karya Muhammad Shah bin Yusof, seorang guru pelawat bandar Melaka. Karya ini diterbitkan pada tahun 1922, dalam tulisan Jawi dan dicetak oleh Matbaah Kahiriyah, Muar Johor. Buku ini telah diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam versi Jawi tanpa mengubah isi dan ejaannya. Edisi DBP yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1995 dalam Siri Koleksi Warisan. | BAHASA | Karya |