NIEMEYER, OSCAR | Niemeyer, Oscar (1907– ), arkitek Brazil. Dia terkenal sebagai pereka bentuk bangunan utama di Brasilia , ibu negara Brazil (lihat Brasilia ). Niemeyer sering menggunakan bentuk berhias bagi keseluruhan bangunan, dan dalam unsur seni bina yang berulang-ulang. Dia pernah mengatakan bahawa reka bentuknya diilhamkan oleh keadaan iklim dan sosial Brazil, dan warisan kolonial seni barok di Brazil. | UMUM | |