Sungai Schelde ialah salah satu jalan air komersial yang paling penting di Eropah, terutamanya di Belgium. Sungai ini berpunca dari tenggara Lille, Perancis, iaitu Sungai Escaut dan mengalir ke barat laut melalui Belgium. Untuk lokasi, lihat Belgium (peta). Di Antwerp, Belgium, sungai itu memisahkan Schelde Timur dengan Schelde Barat, yang mengalir melalui Belanda ke Laut Utara. Sungai Schelde sepanjang 435 kilometer dan boleh dilayari sejauh 338 kilometer. Sebuah terowong menghubungkan Sungai Schelde, Sungai Meuse, dan Sungai Rhine. |