PUSTAKA PENDIDIKAN SDN. BHD. | PUSTAKA PENDIDIKAN SDN. BHD., penerbit. Pada asalnya, penerbit buku teks di Kluang, Johor ini diusahakan oleh dua orang ahli perniagaan buku di daerah Kluang iaitu Teng Kerk Fui dan Koh Yee Cheng pada awal tahun 1963. Sebelum berjaya menubuhkan percetakan sendiri, buku teks terbitan Pustaka Pendidikan dicetak di Singapura. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
HENKEL OLEOCHEMICALS (MALAYSIA) SDN.BHD. | Henkel Oleochemicals (Malaysia) Sdn. Bhd. ialah pengeluar oleokimia asas seperti asid lemak dan ester metil. | KIMIA | Institusi/Organisasi |
MARWILIS PUBLISHER & DISTRIBUTORS SDN. BHD. | MARWILIS PUBLISHER & DISTRIBUTOR SDN. BHD., penerbit dan pengedar buku sastera serta buku umum. Syarikat milik Marwilis Haji Yusof ini ditubuhkan pada 21 April 1987. Pada awal penubuhannya, syarikat ini beribu pejabat di Semenyih, Selangor. Namun, bermula pada 15 April 1988, syarikat ini berpindah ke Kompleks PKNS di Shah Alam. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD | PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD., penerbit buku. Penerbit ini ditubuhkan oleh syarikat induknya Oxford University Press (OUP). Pejabat OUP pada mulanya ditubuhkan di Singapura (1955) dan kemudiannya di Kuala Lumpur (1957) oleh Raymond Ernest Brammah, Ketua Bahagian Buku Pelajar OUP di United Kingdom. Penerbit Fajar Bakti menyebarluaskan matlamat liberal OUP untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, pembelajaran dan kebudayaan melalui penerbitan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Thai dan Jepun. | SASTERA | Penerbitan |
PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA (PERODUA) | Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) ialah pengeluar kereta nasional yang kedua. PERODUA ditubuhkan pada tahun 1993. Syarikat PERODUA mengandungi Perodua sebagai syarikat induk, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. sebagai pengilang dan Perodua Sales Sdn. Bhd. sebagai syarikat pengedar dan penjual. | UMUM | |
AL-ISRA | AL-ISRA’, kumpulan cerpen karya Fatimah Busu yang diterbitkan oleh Teks Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur pada tahun 1985. | SASTERA | Konsep |
BERITA MINGGU | BERITA MINGGU, akhbar mingguan berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur. Akhbar ini adalah sebahagian daripada akhbar Berita Harian dan diterbitkan pada hari Ahad sahaja. Keluaran pertamanya ialah pada 10 Julai 1960, mengandungi lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah. Akhbar ini menggunakan tulisan Rumi. Dalam keluarannya yang terawal, akhbar ini memuatkan berbagai-bagai berita termasuklah iklan, rencana umum, sastera, filem, sukan dan berita semasa. | SASTERA | Kitab |
BERITA HARIAN | BERITA HARIAN, akhbar harian berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur. Akhbar ini mula diterbitkan di Singapura oleh Straits Times pada hari Isnin 1 Jun 1957, tetapi sejak 24 Julai 1957 akhbar ini diterbitkan di Kuala Lumpur. Pengarangnya yang pertama ialah A. Samad Ismail. Akbhar ini pada mulanya mengandungi lapan halaman dan dipasarkan dengan harga 15 sen. | SASTERA | Kitab |
SYARIKAT BERHAD | Syarikat berhad ialah pertubuhan perniagaan dengan setiap pemegang saham hanya bertanggungjawab terhadap saham yang dipegangnya. Sekiranya syarikat berhutang, orang yang memegang saham hanya akan hilang wang yang dilaburkan untuk membeli saham tersebut. Pihak pemiutang tidak boleh menyaman pelabur tersebut untuk mendapatkan kembali wang yang dihutang oleh syarikat berkenaan. Di Great Britain, dan banyak negara yang lain, perkataan Berhad (Bhd.) atau Limited (Ltd.) dalam bahasa Inggeris atau singkatan plc (“public limited company” atau syarikat awam berhad) yang digunakan selepas nama sesebuah syarikat menunjukkan bahawa tanggungan pelabur di dalam syarikat tersebut adalah terhad ke atas jumlah wang yang telah dilaburkan. | UMUM | |
THE MALAY SOUND SYSTEM | THE MALAY SOUND SYSTEM, buku yang menghuraikan sisitem bunyi bahasa Melayu. Buku setebal 132 halaman ini ditulis oleh Yunus Maris dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. pada tahun 1980. buku ini digunakan untuk mengajar sistem sebutan bahasa Melayu di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Buku ini diperlengkapkan dengan latihan untuk mengajar sebutan bahasa Melayu di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Naskhah siklostil diterbitkan pada tahun 1966. | BAHASA | Penerbitan |