KESULTANAN PAHANG, institusi kerajaan Pahang. Kesultanan Pahang hari ini ialah keturunan Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad yang diisytiharkan oleh pembesar negeri sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah. Baginda ditabalkan pada 12 Disember 1884. Dalam buku Sejarah Melayu dinyatakan Pahang di bawah pengaruh Siam dan ditadbirkan oleh Maharaja Dewa Sura. Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka, menghantar Bendahara Paduka Raja, Tuk Pikrama, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Maha Menteri bersama-sama askar menyerang Pahang. Setelah Pahang dikalahkan, Seri Bija Diraja (Tun Hamzah) dilantik sebagai pemerintah Pahang. Setiap tahun Seri Bija Diraja menghadap Sultan Melaka.
Thanks for clicking. That felt good.