Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Botswana


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOTSWANA

Botswana ialah negara yang terletak di

tengah-tengah selatan Afrika. Nama rasminya

ialah Republik Botswana. Botswana mempunyai

kerajaan demokrasi. Hingga awal tahun 1990-an,

ia adalah satu daripada beberapa negara Afrika

yang mempunyai lebih daripada satu parti politik.

Beberapa negara yang lain kemudiannya mula

menerima pakai sistem pelbagai parti. Botswana

ialah anggota negara-negara Komanwel, iaitu

persatuan bekas tanah jajahan British.

UMUM 
NORTH WEST

North West ialah satu daripada sembilan provinsi

di Afrika Selatan. Ia disempadani oleh Botswana di

utara. Provinsi ini ditubuhkan pada 27 April 1994. Ia

termasuk bahagian bekas provinsi Transvaal dan

Cape dan kebanyakan bekas tanah air

Bophuthatswana . Mmabatho ialah ibu provinsi North

West. Bandar utama dan pekannya adalah Mafikeng,

Kelrksdorp, Potchefstroom, dan Rustenburg.

UMUM 
PROVINSI UTARA

Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara

di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri

dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique,

dan sempadan provinsi dengan North West,

Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan

pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada

tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi

Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg,

Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng.

UMUM 
SOTHO

Sotho ialah nama sekumpulan orang yang bertutur

dalam bahasa yang serupa di Afrika Selatan, Lesotho

dan Botswana. Istilah BaSotho bermaksud orang

kulit hitam. Pengguna bahasa Sotho utara, selatan,

dan barat ialah kumpulan orang yang mempunyai

bahasa dan ciri kebudayaan yang tersendiri.

UMUM 
SUNGAI LIMPOPO

Sungai Limpopo ialah sungai utama yang

mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika

(lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai

Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan

memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika

Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum

menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan

Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai

tersebut dalam ceritanya, “The Elephants Child”,

sebagai “Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau

dan berminyak”. Ia juga dikenali sebagai Sungai

Buaya. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai

ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut.

Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah

daripada lelehan air yang sedikit pada musim

kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada

musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama

Sungai Limpopo.

UMUM 
OKAVANGO

Okavango juga dikenali sebagai Cubango, ialah

sistem sungai di selatan Afrika. Ia menganjur kira-

kira 1600 kilometer dari puncanya di tanah tinggi

kawasan tengah Angola ke bahagian alirannya

yang lebih rendah di pinggir Gurun Kalahari di

utara Botswana.

UMUM 
BUSHMEN

Bushmen ialah penduduk asal Afrika yang masih hidup secara nomad. Mereka tinggal di Gurun Kalahari di wilayah Botswana dan Namibia. Puak ini juga dikenali sebagai San dan Basarwa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas